Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF : Final 2

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi...akhirnya setelah 14 thn penantian, skuad bola sepak Malaysia berjaya membawa pulang Piala Suzuki atau dulu lebih dikenali sbg Piala Tiger...

Berbekalkan 3 gol tanpa balas yg dijaringkan semasa Final 1 di bukit jalil, Malaysia meneruskan aksi mereka pd pentas Final 2 di jakarta...perlawanan timbal balik di stadium gelora bong karno menyaksikan Malaysia kalah 1-2 kpd Indonesia...walau bagaimana pun, Malaysia menang secara agregat 4-2...

Rentak permainan Malaysia agak berlainan jika dibandingkan dibukit jalil tempoh hari...mungkin ini adalah taktikal yg dirancang oleh jurulatih K.Rajagobal...kehilangan 2 tonggak mungkin juga punca kepincangan dibarisan pertahanan kita hingga menyebabkan kekalahan lewat mlm td...Kekalahan itu tidak dpt menafikan kemenangan skuad bola sepak kita yg dahagakan kejuaraan dlm tempoh 14 tahun...sekalung Tahniah di ucapkan kpd skuad muda kebangsaan kita....

Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF edisi 2010...



Inilah barisan pemain muda kita..


Tahniah juga kpd Safee Sali kerana memenangi anugerah top scorer...dan juga Khairul Fahmi Che Mat,keeper negara...mlm td menyaksikan beliau adalah individu paling dikehendaki di laman sesawang dan juga anak2 gadis...hehehe..

Kemenangan skuad bola sepak kita meraih banyak perhatian termasuk dr player Manchester United,Rio Ferdinand...ucapan tahniah beliau melalui Twitter beliau....




Tahniah Malaysia!!!


Satu peringatan!!!

Jangan mudah lupa diri....
kejayaan mudah diraih,nk kekalkan amat payah...
semoga sentiasa berjaya dimasa hadapan...


2010 tahun gemilang utk sukan tanahair...

Piala Suzuki penutup kalendar sukan 2010..

Majulah Sukan Untuk Malaysia!!!!



p/s:: man united still di takhta liga....tanpa kekalahan...all the best...


esok cuti umum...

Assalamualaikum w.b.t

Piala AFF Suzuki: PM isytihar cuti umum Jumaat ini


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010.


Wednesday, December 29, 2010

Lirik lagu


SEPI


Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari

Mentari pagi
Bawakan embun sejukkan hati
Aku di sini menatap engkau menangis sepi

Oh sepi sepiku
Janganlah bersedih hati

Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari

Oh sepi sepiku
Janganlah bersedih hati

Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari


SIXTH SENSE

Monday, December 27, 2010

Piala Suzuki AFF:: Final 1


Assalamualaikum w.b.t


actually nk update mlm td after hbs je match bola tu...
tp memandangkan aku sgt letih kerna br shj sampai dr kg pd jam 8mlm...
maka,aku hanya mau tido...hehehehe...


Safee Sali menjaringkan 2 gol dlm match mlm td...

Harimau Malaya membaham si garuda....wahhhhhhhh...
memang mengagumkan apabila melihat aksi anak2 buah K.Rajagobal menentang Indonesia malam td...sayangnya xdpt berada kat stadium....actually,kat umah pon dh cukup meriah dh...hehee....

isu laser yg dibangkit sejak awal sblm hari perlawanan lagi akhirnya memakan diri sendiri...isu ini bkn shj berlaku dimalaysia malahan diluar negara pun ada berlaku menurut kata wartawan2 sukan yg lain...jadi,usahlah kita salahkan penyokong kita,mane lah tau kot2 yg buat dajal tu penyokong pihak lawan...kita xtau,kita xberada disana....walau apa2 pun,TAHNIAH MALAYSIA!!!

okeh...i hope mereka semua mampu pertahankan kelebihan 3 gol yg dimiliki dan terus berjuang hingga ke saat akhir demi negara dan penyokong...;))

GOOD LUCK GUYS!!!!



p/s:: my 5th anak buah,coming soon next year...;) congrates abg ngan k.yati...^^

Thursday, December 23, 2010

coret2 goreng pisang...

Assalamualaikum w.b.t

salam kwn2....;)
tgk tajuk entri mcm gempak je...
goreng pisang...nak goreng pisang mende nye kat opis ni...huhuhu..
tajuk entri xde kene mengena pon dgn ape nak dicoretkan ini...
sekadar hiasan dipetang hari....

bolak balik dak dila ni...tulih yola apo yg nak ditulih an...
jgn ngapu ngaban suda...hehehehehe...

esok,lect visit nk dtg melawat kami disini...(praktikal)
actually,br masuk mggu ke-6...lect suda dtg menilai....
ape mau kata,ikut saja kata...hehehe...
hope semuanya berjalan dgn smooth...(speaking sket)...

dlm aroung kol 4ptg td,agak pns sket bl bce psl perkara 153...
aku rase korang pon tahu psl benda alah ni...isu sensitip...xleh sebut...
xpsl2 kene tangkap kang...belajarlah dr sejarah yg lalu,agar xdi ulangi dimasa hadapan...
sejarah bkn untuk dikenang,tp hendaklah di amik tau jdkan pengajaran dlm masa akan dtg....
bl kita lupe,buta,xtau pape tentang sejarah,jgnlah kita berbicara mengenainya....
aku ingat kat diri aku jg...sbb kdg2 aku lupe gak...;P

so,moral of the story ptg2 ni,ape yg baik jdkan teladan,yg mane xbaik,jdkan sempadan...
hidup bermasyarakat,amalkan hormat-menghormati,dan senyum selalu...;)))

sampai disini dahulu...
semoga berjumpa lagi....

Sunday, December 19, 2010

lirik lagu....;)

Assalamualaikum w.b.t


mari kita lihat liriknya terlebih dahulu...
then,cuba teka tajuk lagu lirik ini...hehehe...



Kepadamu kucurahkan
Kepadamu kubuktikan
Segala yang kujanjikan
Dari Dulu dan Selamanya..

Biar Musim pun Berganti
Namun Aku Kan Kembali
Kepadamu Disisi
Bersama Lagi Hanya Kau Kusayangi..

Biar..Hari Berganti dan Pergi
Kerana..Kutahu Kau Kasihku

Hari Ini Kukembali
Dalam Alunan Mesra Sinar Pagi
Kugenggam Erat Tanganmu Kubawa Bersama
Ke Alam Realiti dan Fantasi...



selamat mencuba.....;)


lagu ni dari sebuah filem melayu tahun 1997...
wahhhh....lama giler kan....dulu aku tgk mmg best la kan...
tp bl zaman daah maju sket,rasa klaka lak cter ni....
anyway,aku tetap suke dgn cter ni...




p/s:: salji teruk...match epl kene tunda..huh

Tuesday, December 14, 2010

coretan di petang hari....

Assalamualaikum w.b.t



Salam buat pembaca yang setia....;) sekadar coretan dikala kebosanan melanda diri....
sudah 2 hari xkuar g site...atas alasan site xbyk..maka,masa byk dihabiskan dipejabat yg sejuk lg indah permai ini...hahahahaha...

kawan2,jgn membuang masa seperti saya...saya mmg pemalas banyak...;P
al-maklumlah....saya anak bongsu perempuan....hehehe...(alasan utk jd malas)
amaran!!! JANGAN TIRU MACAM SAYA....XD

apela yg aku mengarut ni...xde benda nak dicoretkan benornye...men taram je ni...kang dah bosan + penat,dengan sendirinya jari2 aku berhenti menari2 sambil terkedek2 kat atas papan kekunci yg xbape nak indah ni haaa....hehehehehe....sambil berchatting dengan sahabat aku yg tibo2 jo menghilangkan diri...kojap ado,kojap hilang...mcm biskut...;P

aircond kek opis ni,sojok nak mampuih...boku den ni haaa...lomah segalo sondi mondi den...hehehe...menantikan saat2 manis lg indah yakni bilo jarum jam menunjukkan ke arah jam onam potang (6.00pm) maka,boleh lah den blk ghumah...huhuhu...

cepatlah pulang..cepatlah pulang....
hmmmmmmmmmmmmm...

sampai disini dulu ya tuan hamba sekalian....
xlarat nak taip doh..lenguh...huhuhu..

sekiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....
jumpa lg....;)




p/s:: tahniah kpd kwn2 yg berkahwen dan bertunang....;))




Sunday, December 5, 2010

kata-kata...


Assalamualaikum w.b.t



You don't have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous. Be an imam in prayers. That's how I define gorgeous. You don't have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al Quranul kareem. That's how i would melt. You don't have to be rich for me to love you. Please have a kind heart. That's more than enough for me and my parents too. Nobody's perfect. You are nobody. So you are more than perfect for me :)



p/s:: amik dr blog member...hehehe..

Friday, December 3, 2010

coretan hidup,pengalaman selama berlatihan industri..

Assalamualaikum w.b.t


salam buat kawan2 yg mgkn setia menanti aku...hehehe...
maaf kerana dah lama xbuat entri...al-maklum lah...
buat2 kesibukan dan kemalasan...

actually,dah masuk 3 mggu aku berlatihan industri...
aku buat latihan industri kat R&A Telecommunication Sdn. Bhd..
itu main office dia,sbenornye aku kije kat Multiwireles sdn. Bhd..
anak syarikat company R&A...kalo nak tau lebih lanjut sila layari website ini.

dalam mase 3 mggu ni byklah yg aku dpt belajar...
terutama mengenai 3G...--MAXIS--HUAWEI--
company aku ni wat drive test work for Maxis network with Huawei technology..
kira kami ni RF engineer a.k.a drive test engineer...
RF yg dimaksudkan xde kene mengena lgsg ngan RF yg kwn2 aku blaja tu...
actually xnak xentuh bab tu,sbb bl korang dh kije nnt,korang fhm2 lah ye...
hehehe...

kalau tanya kat aku,sure lah aku hepi je wat L.I kat company ni...;)
belajar benda yg related dgn course yg aku amik..so,br nmpk theory yg blaja kat kelas...
semua staff,ramah2 and best...walaupon ade mr.jae sun yg ditakuti mereka...hehehe...
x-uitm pon ade kije kat sini..so,mmg dorang la plg byk ajar kat kami semua....
so far so good in practical training at here...;)

aku ase cukuplah kot sampai disini dahulu penceritaan mengenai practical..
aku sertakan sekeping gambar sebagai penutup kalam....
semoga kita bersua lg....(idea hilang actually)


ni la sebahagian drpd kerja aku...




sekian.....
wassalam....

cerita tentang guru...

Guru – Antara gaji dan daie...


diambil daripada website IM Asyraf..(link)

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya tugas guru adalah sebaik-baik daie yang ada di muka bumi. Bayangkan, dalam berebut-rebut para pencari mad’u berebut membanyakkan ahli, tetapi sang guru hanya menunggu para mad’unya. Jelas kemudahan yang ada pada guru untuk menyampaikan dakwah mereka kepada anak murid.

Sebenarnya ini bukanlah suatu kebetulan. Tapi ia adalah anugerah dan pilihan Allah kepada guru-guru. Ditegaskan sekali lagi bahawa guru adalah pilihan Allah SWt, maka taburlah benih di atas tanah-tanah yang telah dihadiahkan Allah SWT.

Walaupun ada sebahagian guru yang merintih mengatakan “Anak murid nih dah tak boleh dididik lagi. Semuanya degil-degil!”

Rintihan ini adalah sebahagian rintihan daripada seorang yang berputus asa. Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani sendiri mengambil pengajaran dari pengamatannya terhadap setitis air yang mampu melekukkan batu yang keras sekiranya ianya dilakukan secara istiqamah berkali-kali.

Ya…memang ada bukti menunjukkan bahawa ada segelintir manusia yang sampai bila pun tidak akan menerima sebarang perubahan kepada kebaikan. Ini berdasarkan dalil dari Surah Yaasin ayat ke-10,

(maksudnya): “Sama sahaja bagi mereka, samada engkau memberi peringatan kepada mereka atau engkau tidak memberi peringatan, nescaya mereka tetap juga tidak beriman”.

Dalil di atas menceritakan bahawa memang terdapat di antara segelintir pelajar yang memang tidak boleh diubah walau sebanyak manapun teguran yang diberikan. Tapi, dalam ayat yang sama ia menceritakan sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak sedari.

Berkata Maulana Saad. Amir Sab jemaah Tabligh sedunia di dalam program Ijtimak Dakwah Sedunia di Nilai pada tahun lepas,

Allah menggunakan perkataan ‘Alaihim’ ( bagi mereka ) dan bukannya menggunakan perkataan ‘Alaika’ ( bagi kamu ). Ini bermaksud, ayat ini hanya memberi tahu berkenaan orang yang didakwah atau dipanggil madú. Allah tidak menggunakan kalimah ‘alaika kerana para dai’e yang berdakwah tidak sama sekali sama tarafnya jika ia memberi peringatan atau tidak beri peringatan.

Sekiranya para daie memberi peringatan, maka Allah akan membalas usahanya dengan berlipat kali ganda ganjran walaupun orang yang didakwahnya tidak berubah walaupun selangkah. Ini menunjukkan kerja para dai’e bukanlah mewajibkan datangnya hasil.


Ingat! Bukanlah syarat atau maksud dalam berdakwah itu adalah “penerimaan”.

Berdakwahlah walaupun tidak diterima.

Itulah jalan-jalan yang telah ditempuh oleh sekelian para Rasul dan sahabat-sahabat Nabi SAW.

Semoga guru-guru Muslim dimuka bumi ini dapat mengimbangi antara gaji dan usaha sebagai dai’e. Wallahua’lam.


Wednesday, November 3, 2010

Tips-tips nak dapat A MGT456 . . .

Assalamualaikum w.b.t

salam untuk semua kawan2 dan pembaca...
entri ini khas buat kawan2 aku yg akan mjawab exam MGT456. . .
tarikh keramat tok korang 7hb november 2010....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.................


tips - tips nya adalah seperti berikut. . .
dua rakan sekelas yg aku amik sebagai contoh utk korang teladani...


kalau korang xkenal meh aku kenalkan...
korang leh klik kat link nama dia tu..dia pon ade blog gak...
dia ni aku jdkan contoh pertama tok korang...
sbb dia sorang je dpt A dlm kelas aku....hehehehe....
nak tau mcm mane dia dpt A??? tgk gambo kat atas tu...

1. kena rajin dtg kelas. . .(walaupon xsempat mandi)
2. siapkan assignment seawal yg mgkn. . .(8pages tu...tulis tgn k..1 mlm je..)
3. dok depan dlm kelas. . .(supaya xtido dlm kelas)
4. study awal sblm lect ajar chapter baru. . .(ko jgn igt dia rajin k)
5. jgn lupa,enjoy itu sgt penting. . .(kalau x,sure ko bosan gler sik blaja je)

itu antara ulasan aku yg xseberapa mengenai tips2 blaja MGT456...
yg penting korang kene rajin dtg kelas walaupon xsempat mandi mcm dia!
semangat tu penting beb....ni x,nak A,tp ponteng kelas....haishhhhhhhhh!
kalau nak tau lebih lanjut leh hubungi beliau terus...huhuhu...

.
.
.
.
.
.............


okeh...ni calon kedua yg aku pilih....sbb ape???
bkn sbb dia dpt B..tp sbb dia selalu xdtg kelas....
bak kate encik saiful (lect kitorg) dia ni share attendent dgn housemate dia..
sorg dtg,sorg lg xdtg...mcm tula sampai la dua2 pon ade gak dtg...
mgkn dia bz dgn k-car project dia....almaklumlah...
sapo yg kona ngan sharip ni,dio taulah..hehehe...

apa yg bagus pd bdk nama sharif ni?????!!!!
tu haaaaa..tgk gambo kat ats tu...dia ckp po...
presentation kene mantap!!!!!
yeahhh..mmg xdinafikan...dianye group adela yg terbaek...
walaupon hanya untung RM7000 shj dlm setahun....;P
tapi tula...lect mmg suka gler cara dorg present...walaupon xdtg kelas..
tp cara dorg mmg mantap..dgn pakaian kemas+ade style la bg bdk laki...

so,aku dh tonjolkan dua bdk ni sbg contoh utk korang....
sorg rajin dtg kelas,sorg kurang rajin...
sorg dpt A,sorg dpt B....

apakah yg patut korang teladani melalui mereka berdua???
nak rajin dtg kelas,kelas dh hbs...tggu exam jela...
nk present,lama dh korg present kan...so????

kalau xdpt gak,meh den koba an...
apo yg ekaw pyh bonar nk fhm.....
walau apa pon jenis student yang ado dlm diri korang,
semuanya terletak pd diri korang sendiri....
samada nak dpt A or B....(xkan nak dpt C lak kan)

study smart ke,study hard ke,study main2 ke....
yg penting korang tau tujuan korang blaja utk apo....
korang xperlu aura3 ke,hint3 ke,or others...
(ala,aku pon suke kalo dpt hint..hehehe)
juz,do the best...!!!
for urself and ur parents....;)

last skali,nk ckp kat korang....blaja mgt456 ni bkn stakat hafal notes...
tp korang kena amik tau hal2 semasa...tau psl bisness yg ada...
contoh3 yg berlambak kat tenet...bkn buka tenat ngadap FB..
(itu pon leh gak..hilang stress..huhu)
bykkan mencari isi3 yg ade kaitan ngan topik subjek mgt456...
supaya korang ade idea nak elebrate apa mase exam nnt...
kitorang exam ritu pon,byk kene fikir...sape yg byk idea,bulehlah nk jwb..
stakat hafal tp xde contoh,nak elebrate apokobondo eh???ye dak??

k,sampai disini shj entri aku..kang bosan lak kene leter pjg3...;P
goodluck kwn2!!!

wassalam......


p/s:: esok taklimat praktikal,then blk kg...hehehe

coretan bola sepak....

Assalamualaikum w.b.t

selamat pagi semua....
entri disubuh hari...
hehehe...

actually aku tido sgtlah awal mlm td...xplan pon nak tgk bola...
bila dh terjaga lebih kurang jam 2.30 pagi,
maka aku pun bgn dan buatlah pape yg patut...

so,rasa bosan,aku pon turun bilik tv...tgklah kot2 ada cter yg best....
layan cter hallowen kat star movie...sementara tggu bola nya sepak mula jam 3.40pg....

okeh....jom tgk gambo kat bawah ni....



nilah keputusan game yg aku layan tadi...
padahal aku nak layan game MAN U...but,game Spurs ni best gler...
Gareth Bale xpyh cakap ah....larian dia,fuhhhhhhhhhhh...
laju beb...dia lah paling byk assist gol2 game td....
kalaulah MAN U beli dia...huhu...

kalo korang nak tau,Inter tu juara musim lepas...
game td adela game timbal blk...
sblm ni team ni dah bertemu lebih kurang 2mggu lps...(xsilap akulah..)
Spurs kalah 3-4 time tu..tu lwn 10 players...Gareth Bale gak yg hatrik...
memang terhiburlah tgk dianya performance stakat ni...
player len pon not bad...Van der Vart,Modric,Cudicini,Lennon....
sume best ah....hehehehe...
ok,next gambo....



yang ni plak sure ah MAN U nye result game td...
cayalah!!!!!!!

walaupon game bosan gler...at least menang gak...hehehe..
knp aku ckp bosan???sbb dorang lawan kat Turki kot...
suasana xmcm EPL....xmcm kat Spurs...kegilaan penyokong...
wahhhhhhhh...br seronok tgk bola...betul x kwn2????
walaupon Sir Alex Ferguson xbwk rooney & star players yg len...
MAN U still boleh menang gak...so,xde Rooney pon MAN U leh hidup...
yg penting team work and spirit tok menang the game...

erm,oklah...sampai disini shj ulasan sedikit mengenai bola sepak...
semoga bertemu lg di entri akan dtg....
wassalam.....


p/s:: 2nd paper td susah je..hmm...hope leh lepas....

Saturday, October 30, 2010

coretan pendek...

assalamualaikum w.b.t

entri pendek je...
TAHNIAH kelate mene...
hehehe

2-1

okeh..mcm aku ckp td..
dok kesah pong sape yg mene...
yg penting sikap penyokong masing2...

aku rase korang sendiri pon blh lihat dgn jelas di kaca tv...
gol ke,xgol ke....baling jgn xbaling...
hehehehe....

k,la..
sok ado gambo,aku cter lg...
nak study pulok...;P

N9 vs Kelate...


Assalamualaikum w.b.t

entri kali ini ingin bercerita mengenai bola...
FINAL
piala malaysia...




Actually,dua2 pasukan ni sama2 hebat...
malah,benornye dok kesah pong sape menang...
sbb dua2 ade kaitan ngan aku...
satu negeri kelahiran aku,satu lagi kampung halaman aku...

seperti yg kita tahu,thn lepas,
noghori 9 telah menjadi juara dgn mengalahkan kelate 3-1...
malam ni akan menjadi penentu samada mereka berjaya
pertahankan ataupon tidak...

menang atau kalah xpenting...
adat pertandingan kot...mestilah ade menang dan kalah...
dua2 mane leh menang...hehehe..
tp menang sorak pon buleh gok...hehehe...



ni la gambo kedua2 kapten pasukan yg akan bertanding....
Aidil zafuan---> masih kecoh dgn hal umahtagganya...
(rasa mcm kat EPL lak...)
Indra putra mahyudin--->dulu dia main tok perak,selangor xsilap aku...
aku mmg xpenah suke dia....
(hahaha...ade kene mengena ke???)

okeh...
xnak celoteh panjang...cukup disini shj...
sape pon menang xde hal...
yg penting sikap penyokong masing2...
terima kekalahan dan kemenangan seadanya...
jgn bakar2 kerusi stadium lg...
kpd penyokong tegar kelate,maaf deh...
yg salah tetap salah...

wassalam....;)


p/s:: g kelas en.mahmud 3org je dtg...mcm g kelas tuisyen la plak..hehehe...

hahahaha...

assalamualaikum w.b.t

entri yg amat cepat aku post..hehehe..
padahal td ckp xrajin...al-maklum lah....
aku bkn nak study tp dok cr kenalan2 kat FB..

maka..................

berjumpalah aku dengan sepupu sepapat aku....
actually sepupu2 belah keluarga abah aku.....
KELANTAN mari....gomo kelate gomo....hehehe...

mesti xpercaya kan aku ore kelate....
xcayo xpo..xrugi apo2 pon...hehehhehe...
so,dok borak2 ngan sepupu laki aku ni....
lama xkelik kelate gitu la....hmmm...

dlm perancangan akan pulang ke sana tahun hadapan....;P
insya'allah....

hanya coretan tanpa gambo....
len kali aku taruk gambo k...
k............


jumpa lagi.....

konflik dengan diri....

Assalamualaikum w.b.t

salam sahabat2....
lama xupdate sbb xde mood...xrajin..bz dgn exam....
dan skarang......konflik dgn diri sendiri....

aku amat3 malas sekarang ni.....huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
xtau nk buat ape...try gak blaja....tp stakat 2-3jam je....
selebihnya,tido,mkn....hehehehhee....

apo ntah nk jadi pon xtau la....haihhhh....

td calling2 ngan adik aku....sj nak borak2 dgn dia...
ngadu mslh ngan dia...rasa nak nangis pon ade...
lama gak sembang dgn dia...dia ckp ko bkn xblh,tp ko mls....
yes...btullah ckp dia....wahhhhhhhhh...sedihnye...np aku jd mcmni....
hmmmmmmmmmmm....

sampai abg aku pon ckp,blaja rajin2,kalahkan syahrul....
kalo dulu,abg selalu ckp kat adik aku,blaja rajin2,kalahkan kak dila...
skang terbalik la plak...huhuhuhuhu....

mak abah...org minta maaf.....

xtaulah knp dgn diri ini...ape sudah jd dgn aku?????
aku xingin jd seperti ini......ya Allah....tunjukkanlah jalan yg lurus kpd hambaMu ini....

maafkan diriku......

Wednesday, October 20, 2010

Tukar ‘Samseng Jalanan’ kepada Pemuda Soleh di Jalanan

Assalammualaikum w.b.t

entri ini dicopy paste sepenuhnya dr blog
IMAM MUDA ASYRAF




marilah kita hayati dan kongsi bersama....


Ada orang muda yang berminat nak mendengar ekzos motosikalnya bunyi macam ragam crazy frog. Ada juga yang suka lenggok ‘kona baring’ nya bak Paolo Rossi. Namun mendengar cemuhan dan panggilan ‘Samseng Jalanan’ memang merumitkan. Jom kita tukar dengan panggilan yang lebih ‘Wow’ lebih ‘Perghh dan lebih ‘sempoi’!

Firman Allah yg bermaksud....

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang di perolokkan) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan)" – (Al-Hujurat,49: 11)


Allah SWT. melarang orang yang beriman agar mereka jangan memperolok-olokkan orang lain, apakah disebabkan oleh pakaiannya, badannya, rupanya, gelarannya ataupun atas sebab-sebab yang lain. ]alam ayat tersebut Allah SWT memberi ‘illat (sebab), iaitu barangkali orang yang diperolok-olokkan dan dianggap rendah itu lebih ikhlas dan lebih mulia hatinya serta lebih taqwa kepada-Nya.

Sifat “sukhriyah” iaitu tabiat suka merendah-rendahkan orang lain tidak akan muncul kecuali dari hati yang dipenuhi oleh sitat-sifat tercela dan kosong dari sifat-sifat terpuji. Oleh itu baginda Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda maksudnya:

Cukuplah seseorang digolongkan orang yang jahat sekiranya dia suka merendah rendahkan Muslim lainnya. 
( Kalam Al Mannan VII-135)


Saidatina ‘Aisyah radhiyallah ‘anha berkata: “Ya Rasulallah sesungguhnya Shafiah adalah wanita (lalu diisyaratkannya dengan tangannya begini iaitu wanita pendek). Maka Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya kalau kata-kata tersebut engkau campakkan ke dalam lautan luas nescaya akan busuklah seluruh airnya.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)

Kita selalu mendengar pandangan yang mengatakan ‘kata-kata itu satu doa’. Banyak pakar motivasi dan ustaz-ustaz yang sangat marah dengan ibubapa yang memanggil anaknya ‘bodoh’ , seruan ‘lembap’ dan sebagainya.

Namun, muncul beberapa pendapat (pendapat anda dihormati) yang lebih meng’upgrade’kan panggilan mat rempit sehingga ke samseng jalanan. Bukankah mereka ini selayaknya didoakan?

Percayalah gelaran yang lebih buruk itu sama sekali tidak menggagalkan jiwa remaja yang memang hakikatnya mahu mengangkat tayar hadapan motor mereka. Dengan gelaran yang semakin buruk, dan semakin ranggi membuatkan gaya merempit itu makin menjadi dan makin cun.

Seruan kepada ibu dan ayah, kawan-kawan dan semua umat yang cintakan keinsafan orang muda, ayuh kita menukar nama glamour pemuda yang merempit dengan gelaran yang lebih bersifat ‘doa’.

Kita tukar panggilan kepada ‘Pemuda-pemuda soleh di jalan raya’ atau ‘Mat Rabbani di atas jalan’. Senang ceritakan ayuh panggilan mendoakan mereka tanda sayang kita kepada pemuda Islam di Malaysia.

Manalah tahu doa jutaan rakyat Malaysia itu mampu merubah satu atau dua hati menerima hidayah dengan doa anda. Ingatlah, doa yang ikhlas itu didengari Rabbi!


p/s:: imam muda asyraf kini sedang menunaikan fardhu haji...

Saturday, October 16, 2010

apa yg kita mahu xmungkin kita dapat....

assalamualaikum...;)

entri kali ini ingin berkongsi sedikit cerita hidup aku pd hr ini...
actually hr ni adalah last day kelas semester 7....
mcm xpercaya,dah nak habis dah semester 7....

sepanjang minggu ini termasuklah hr ini mmg byk presentation...
tahniah kepada kwn2 yg berjaya melaluinya...
dan adelah satu makanan ni...apakah dia????
makanan ni membuatkan diri ini mengidam utk rasa...
lebih2 lagi kawan aku lak tu yg buat....hehehe...



taraaaaaaaaaaa...........

hehehehehehehe...
haaaaaaaaa.....
itulah dia makanan yg aku nak sgt mkn....
DADIH

berjayakah aku memakannya????
owhhhhhhhhhhhhhhhh...
sayang skali.....


bukan rezeki aku....
wuaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
la tahzan ya adilah....

actually kwn aku ni dh bwk pon dadih ni dr umah sewanya
untuk diberikan kpd aku yg ngidam sgt ni...hehehe...
namun,pabila dimesej kpd ku utk memberinya,
aku pulak tidak membawa handpon ku bersama ketika
menonton tv....;(

maka berakhirlah impianku utk memakannya....
sob3...;(

so,moral of the story here....
apa yg kita mahu xmungkin kita akan dapat...
ya...kita boleh berusaha utk dapatkannya..
Allah sahaja yg mengetahuinya...

kalau sudah bukan rezeki kita,maka jgnlah kita bersedih...
mungkin ada yang lebih baik menanti diri kita....
mudah2han kita berjaya memperolehi apa yg kita mahukan...
(harap2 anda fhm ape yg sy kongsikan ini)
Allah maha mengasihi lg maha menyayangi...

wassalam....


p/s:: selangor kalah 0-3 kpd kelantan...


Sunday, October 10, 2010

10.10.10

assalammualaikum w.b.t


wah...nape yerk 10.10.10???
ape ade dgn tarikh tersebut???
entri nak kasik panas....
hehehehe...

actually sgt bz sbb br je pas test jam 9pagi td....
akibat test ini,byk majlis perkhawinan yg xdpt dihadiri....
rakan2 sekelas gak ade yg abg2 mereka membuat majlis kahwin pd tarikh ni gak..
berkejar2ran blk kg after test...ade yang hanya mampu tgk kat hp je gambo kahwin...hehehe...bersabo byk2 jela yob...;P

si angkasawan pon nikoh hr ni gok...
ramai noh dok pilih tarikh ni.....aku pon xfhm sgt..
mgkn nmpk special kot pd mata dan hati mereka...
bagi akulah,ada apa dgn tarikh???

aku xpandai sgt nk describe ape itu sbnrnya istilah perkahwinan....
pergi kusus kahwin pon belom lg....hehehehe..
juz,xkisah kahwin tarikh pape pon....yg penting keberkatan majlis kita tu...
keberkatan ikatan sesebuah perkahwinan...mudah2han kekal hingga ke akhir hayat...
utamakan yg wajib....

bercakap pasal benda ni,aku pernah suarakan,yg aku apabila ingin bernikah nnt,aku hanya ingin membuat majlis pernikahan shj dan sedikit kenduri doa selamat bg meraikan pengantin...itu hajat dihati aku yg pernah aku lontarkan kpd keluarga tersayang....;)
apa2 pon,manusia hanya merancang,ALLAH yg menentukan segalanya...

disini ingin merakamkan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan2 yg menikah pd tarikh hari ini....semoga kekal hingga ke akhir hayat...Amin...;)


p/s:: tidak cukup tido....

Thursday, October 7, 2010

You Again?

Salam..


huh...YOU AGAIN???
kenapa mesti kau???

actually,nak story sketlah pasal zaman sekolah teknik dulu...hehehe...
ade someone tu suke usik/kacau aku mase sekolah dulu....
so,nak jadikan cerita,berlakulah satu kejadian yg memang xdisangkakan...

nak tau ape dia????
si lelaki ni,dia telah menyorokan kamus aku disuatu tempat dlm kelas la...
then,aku mmg cari gler2 la kan...tanya classmate aku semua...xde sape yg tau...
then,pastu aku dh mula nangis...yela,aku ni nmpk je brutal,tp dlm ht....huhuhu..
sketnye hal pon aku boleh nangis maaaa.....

si lelaki ni pon,dok gelak2 kan aku nangis2....
mase tu aku mmg dah tau dah mesti dia....
aku ape lg,naik angin la....mmg aku benci gler mase tu kat dia...
dengan xpasalnya,aku amik bakul sampah dlm kelas tu,aku taburkan atas kepala dia....haaaaaaaaaaaaaaaa......

itulah dia kisah yg berlaku mase APRIL POOL...
tp aku peduli ape april pool xapril pool....
aku mmg xsuke dia start dari kejadian itu....
mmg xbertegur sapa sampai lah hbs sekolah.....

then,mgkn kesalahan yg lalu,kebencian yg lalu,hanya tinggal kenangan...
kerana aku telah berjumpa dgn si lelaki ini di UiTM....
sama kelas lak tu....mgkn Tuhan nk aku dan dia berbaik semula...
and now,we are still kawan....;)

itulah kisah aku dan dia...org yg aku xsuka,and now,jd kawan....hehehe...

okeh,kenapa aku cter kisah tu kat entri aku????
sbb aku nak dapatkan tiket percuma dari Nuffnang....hehehe..


poster

haaaaaaaaaaaaa...ni la cter dia......YOU AGAIN...

jangan lupa saksikan dipawagam terdekat anda....
pada 21 OCTOBER 2010...

okeh sampai disini dhj entri ku....

---harap2 leh dpt tiket free dr Nuffnang---


p/s:: hehehee...

Perigi mencari Timba


Assalammualaikum...

Entri kali ni aku amik sepenuhnya dari iluvislam.com
sekadar ingin berkongsi cerita dan pengetahuan..
mari kita ikuti al'kisahnya....


"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?," saya bertanya.

Pada malam itu, alhamdulillah, diizinkan oleh Allah s.w.t. sempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yang berstatus kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau juga antara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dan dalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya.

"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. InsyaAllah kakak rasa nak sambung master," jawab beliau. Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untuk mendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun.

"Ngomong-ngomong, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?" saya cuba mencuit dengan nada bercanda.

"Erm, itu yang akak nak cerita dan minta pendapat Ami ni."

"Owh... beres. Ceritalah... kalau boleh saya bagi pandangan, ya saya bagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik," jelas saya.

"Ada seorang yang suka pada akak, tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."

"Bagus, seharusnya macam itulah," komentar saya. Menambah rancak perbualan.

"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yang berani," jelas beliau.

Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan.

Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah di jalan raya yang "lurus". Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.

Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun, adalah umur yang paling "cun" untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti.

"Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar?" Tanya saya.

"Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyaAllah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."

"Jadi nak minta pandangan Ami, macam mana nak buat?" tanya beliau.


Mainstream Masyarakat

Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari Al-Quran dan sunnah.

Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.

"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" Cadangan "ganjil" saya.

"Ish Ami... seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.

Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.

Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.

Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.

Seganlah!

Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.

Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!

Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.

Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!

Cara Menghubung

"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia... aneh la dan malu lagi," jelas beliau.

"Haa.. ada caranya dan malu itu tandanya ada iman," pintas saya.

Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal.

Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat.

Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?

"Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya.Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita," terang saya.

"Biasanya, orang tengah itu siapa?"

"Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami."

"Menarik... tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula."

"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam title yang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class."

"Hurmm..."

"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun apa. Allah lebih mengetahui," saya memberi semangat.

"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."

"Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya," jawab saya.

Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa tugasan utama kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.

Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!

"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur:26)

Biar memilih asal jangan salah pilih.


p/s:: kelas byk xde mggu ni....kebosanan...


Sunday, September 26, 2010

Ujian DNA: Camne bekait dengan Sosilawati di rogol?

Ujian DNA: Camne bekait dengan Sosilawati di rogol?: "
Assalamualaikum...


Hari sabtu ni kene buat keje gak. tapi sebelum mula, Si Tukang Tulis nak mencatat jap. Pagi tadi terbaca surat khabar pasal kes kematian jutawan Sosilawati. Si Tukang Tulis pening sebenarnya macam mana Sosilawati boleh dikatakan dirogol sebelum di bunuh. Isu ni timbul sebab Si Tukang Tulis susah nak terima fakta rogol yang dilaporkan ahbar sebelum ini, kerana bagaimana kita nak tahu atau membuktikan bahawa arwah dirogol sebelum di bunuh sedangkan bukti tidak boleh di temukan secara hakiki. Bukti yang dimaksudkan adalah daripada segi video yang menunjukkan arwah dirogol oleh pembunuh sebelum di bunuh atau satu lagi kaedah dengan mengenalpasti kehadiran air mani suspek dalam faraj mangsa. Jika suspek mengaku pun, tiada bukti hakiki yang wujud maka susah nak sabitkan kesalahan (macam la org tu nak ngaku). Kalau ada tubuh mangsa dan ada air mani di temui dalam faraj, maka ujian DNA boleh dilakukan terhadap suspek. Tapi mangsa telah dibakar hingga tulang je tinggal! Camne nak dapat sampel air mani?





Al-fatihah untuk mangsa yang terlibat.
Dalam kes siasatan polis, penggunaan Ujian DNA digunakan dalam mengenalpasti profil individu atau mangsa yang terlibat. Kalau kita tengok drama CSI: Miami atau sewaktu dengannya, ujian DNA digunakan apabila cebisan tisu asing di temui di kawasan kejadian sama ada di bawah kuku, rambut dan sebagainya ditemui di tempat kejadian. Maka Ujian DNA suspek akan dibandingkan dengan tisu tersebut. Dalam akhbar sebelum ini yang menyatakan suspek ke hospital untuk mengambil ujian DNA...untuk ape??? Jika pihak polis jumpa rambut atau kulit di tempat kejadian, mungkin boleh diterima...Proses ujian DNA ini bukanlah semudah yang disangka. ada banyak faktor yang mempengaruhi. Si Tukang Tulis dah berkecimpung dengan dunia DNA hampir 5 tahun. Banyak mehnah dan tribulasi walau nak kenal bakteria atau lebih dikenali sebagai kuman. Ini tak termasuk pengulangan yang perlu dilakukan. Lagipun tisu yang digunakan daripada tulang. Tisu daripada tulang tak sama dengan tisu dari otot atau darah. Kandungan jisim padu dia sangat tinggi dan ini antara yang menyukarkan proses pengenalpastian.


Maka di sini Si Tukang Tulis agak terkilan dengan metod penyampaian maklumat sebahagian akhbar tempatan yang tidak telus dan cermat dalam bekerja. Biarlah polis menyiasat dan mengeluarkan kenyataan rasmi sebelum menyampaikan berita agar maklumat yang di sampaikan tidak bercanggah dengan perkara sebenar. Kesannya, kita mungkin menyebabkan pihak ketiga terlibat sama dengan fitnah tersebut. Janganlah kita membuat andaian yang hanya menyebabkan keluarga mangsa terlibat bertambah sedih dan pilu. Cukuplah dugaan yang mereka hadapi. Berhati-hatilah dalam menyampaikan berita, takut berita yang disampaikan hanya fitnah semata-mata dan ada ramai blogger yang terjerat menyebarkan fitnah tersebut nanti...Fikirkanlah...




Sumber:

Furdunesia@nline
"

Saturday, September 25, 2010

maRah...

assalamualaikum w.b.t

utk entri kali ni,nk luahkan sket lah rase mrh dlm diri...ntah mengapa kdg2 aku blh naik mrh begini rupa...tu blom aku berleter pjg lg...kdg2 aku sendiri pon xfhm...ape sebenarnya diri mereka ni...apakah hipokrit itu lebeh bgus drpd menjadi diri mereka sendiri???kenapa kita xnak jd diri kita sendiri???mengapa kita harus berpura2 dihadapan org kononnye kita ini jenis perempuan atau lelaki yg mmg baik2 yg amat xde salah lgsg????kenapa???

byk persoalan yg xmampu aku nak ungkapkan jawapannya...
kalau nak ckp aku ni xpandai mane,serba kekurangan...cume aku bkn jenis berpura2 didepan org...lantaklah ape org nk kata,asal aku bahagia dgn diri aku dan aku xlanggar hukum syarak...itu yg sebetulnya...jgn sampai langgar ape yg telah disyarakkan kpd diri kita...

ya...
mmg agak terasa hati sket hr ni...ntahlah..ckp byk pon xguna...
kang putus saudara...aku minta maaflah sbb aku tkasar bahasa...
juz,be yourself...

wassalam...

Saturday, September 4, 2010

Jenguk-jenguk...Santai-santai...

Assalamualaikum...w.b.t.

salam kpd semua kwn2 seagama dgn diriku....
bersemangat gler aku nak update entri aku kali ni...
hehehehe...

lebeh kurang ptg td,aku dan bbrp kwn aku kat bwh ni,
berbuka diluar...dimana,biarlah rahsia....huhuhu...
kitorang santai2,mkn2,sembang2....hepi2...;)
hilangkan stress sblm blk kg...heeee...

kawan2 aku yg pergi sama2...

kitorang semua berbuka roti dan air je dulu...
then g solat mgrb kat surau sblm g mkn beso...hahaha..
beso la sgt...;P
actually gambo mkn lupe nak amik..sibuk mkn je...
sambil borak2 kosong yg lama yg amat...hehehe...



blk kg naek ketapi weh...hehehe

byk bergambo je kitorang ni...sat g korang tgklah gambo2 kat bwh...
juz sj nk share dgn korang...mlm ni best gler...hehehe....
walaupon berempat shj...;P
so,pe lg..biaq gambaq yg cerita...hehehe..
(pinjam ayat bro hami...)


ejat ngan yunn...;) suweett...huhu


aku dan motor vespa..hihihi


mereka lak ngan vespa...


hati2 ejat bwk anak dara org..huhu


hati2 abg blk kg buluh kasap..hahahahaa

huhuhu...sorry guys kalo gurauan terlebeh garam dr gula...;)
semoga yg baek diambik teladan...yg buruk jdkan sempadan....
blk kampung hati2 k...;)

sekian,hr last dlm pose dgn kwn2 sekelas....
yg dh selamat sampai dirumah,slmt berbuka pose dgn family...
salam kemaafan dipinta...semoga segalanya selamat hendaknya...
insya'allah...;)

sekian shj....SELAMAT HARI RAYA...;)

Wednesday, September 1, 2010

Majlis berbuka puasa 1431H...

assalamualaikum.....

salam kepada anda semua....
kali ni entri aku berkisarkan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama kwn2 sekelas...(major communication)...alhamdulillah,segalanya berjalan dgn lancar dengan izin dari-Nya...makanan xpyh nak kabo la,mmg murah rezeki berbuka puasa kali ni...terima kasih kepada yg memberi sumbangan utk majlis ini..semoga Allah memberi berlipar kali ganda setimpal dgn yg anda sumbangkan...xkiralah duit mahupun tenaga kerja...mudah2han kita semua memperolehi keberkatan drpd majlis kita ini...insya'allah...terima kasih juga kpd imam kita Ahmad Shafiq Razelan dan bilal kita Azzammuddin...sekiranya ade lg majlis2 seperti ini,bolehlah kita jemput lg...disini juga adela sedikit gambar yg aku amik dr kwn2..moga akan dtg jika ada majlis lg,kita semua dpt bersama2 menjayakannya...;)

setiap majlis yg dianjurkan,hrp biarlah kita dpt memperolehi byk kebaikannya seperti,kita dpt ilmu,kita dpt mkn,kita dpt minum,kita dpt mengeratkan silaturrahim ant satu sama lain dan juga kita dpt pahala serta keberkatan dr Allah s.w.t...

sekian...wassalam...

semua yg hadir...


makanan yg disediakan...


pelajar lelaki....


pelajar perempuan...

Monday, August 30, 2010

setahun berlalu...

assalamualaikum...

sbnrnye aku nak update my story but tiba2 terpandang 1 tarikh..
26/8/2009....
1st entri aku tok blog ni...
hehehe...

setahun dh aku bertahan dgn mcm2 entri...
ade yg ok,ade yg xok...mcm2 la ade...
but something yg aku pelajari adalah kebebasan dlm menulis..
tulis lah ape sj yg anda suke...xde sape yg kisah...
suke bace,xuke jgn bace...;)

actually mlm ni adalah mlm nk menyambut kemerdekaan yg ke 53thn..
aku xdpt nak join kat stadium uitm...
pnt daa..br blk kelas data comm...huhu..
tp xpe,dr.khairul yg plg best....hahaha...

k la...
aku nak sambung my story....
salam...

Wednesday, August 25, 2010

Kisah Mustafa Kamal Artartuk

Assalamualaikum w.b.t

Pengajaran Dari Kisah Mustafa Kamal Atartuk

Buat renungan bersama-bersama ini disertakan teladan dari kisah hidup Mustafa Kamal Attartuk yang disohorkan sebagai bapa Turki Moden, tetapi sebaliknya dia adalah pemusnah agama. Kisahnya masih lagi segar dan banyak persamaan dengan apa yang berlaku sekarang

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

...................................................................................................................................................


Pengajaran Dari Kisah Mustafa Kamal Atartuk

Buat renungan bersama-bersama ini disertakan teladan dari kisah hidup Mustafa Kamal Attartuk yang disohorkan sebagai bapa Turki Moden, tetapi sebaliknya dia adalah pemusnah agama. Kisahnya masih lagi segar dan banyak persamaan dengan apa yang berlaku sekarang

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki


7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal tartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagitak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Samalah kita bermuhasah sebagai panduan untuk diri kita dan fenomena persekitaran yang berlaku sekarang.Moga-moga kebaikan pengajarannya kita dapat ambil dan kongsi bersama.

Wassalam...

p/s:: diambil dr blog ustaz azhar idrus...

Followers

Tukar LinK