Thursday, November 22, 2012

Perjalanan yang berbeza..

Assalammualaikum w.b.t

Pagi yang indah ini aku ingin meluahkan sedikit cerita yang berada dalam diri aku..Bukan cerita cinta persahabatan tapi mengenai perjalanan yang aku ambil..

Perjalanan yang berbeza daripada mereka-mereka yang berada diluar sana..Aku kini berada dalam masalah..Perjalanan siapa yang tidak menemui masalah mahupun halangan..Segalanya datang dengan pelbagai tujuan..Semoga kita tahu tujuan kita..

Masalah ini datang kerana aku yang undang mereka..Kini mengharap ada yang sudi berkongsi namun itulah manusia,tidak semua mampu berkongsi dengan kita apatah lagi kita ini manusia yang berbeza pemikiran dan perjalanannya..

Walaupun aku akui perjalanannya mempunyai destinasi yang sama,namun kita tak mampu untuk berjalan-jalan bersama..Ada yang semakin jauh,ada yang semakin dekat..Namun bagi aku,destinasi semakin dekat,cuma perjalanan aku terasa jauh..

Jauhnya perjalanan ini aku rasa..Makin tertinggal jauh sehingga aku tidak nampak siapa yang berada didepan ku..Bagaikan kabus menutupi penglihatanku..

Aku menangisi nasibku dipertengahan perjalanan ini..Namun,tiada siapa yang mampu berhenti menegur ku,menyapu airmataku,menanyakan masalahku..Mungkin tiada siapa yang melalui jalan ini..Maka aku keseorangan..Dalam gelap aku merintih,dalam terang aku tersenyum..Antara gelap dan terang,aku masih meragui kebenarannya..

Aku meneruskan perjalanan ini biarpun ianya berbeza daripada mereka..Semoga aku bertemu dengan mereka dipersimpangan yang akan datang..

*******

Friday, November 16, 2012

Cerita yang mudah

Assalamualaikum w.b.t


Salam buat semua..Just simple entry,aku mahu berkongsi satu cerita yang mudah untuk kita faham dan pelajari..


Faris, tuan rumah kami muncul di rumah.
Beliau tidak tahu berbahasa Inggeris dan saya pula tidak pandai berbahasa Arab.
Apa yang saya ketahui tidak memadai untuk menyelesaikan masalah.
Beliau kelihatan serius. Akhirnya saya memohon bantuan Uzair, pelajar universiti Islam Madinah.
Ceritanya mudah. Dua minggu lepas saya membayar sewa rumah. Saya sudah sediakan SR20000. Lalu saya serahkan jumlah tersebut kepada beliau.
Beliau mengira dengan pantas. 39 keping not SR500. Tidak cukup SR500. Lalu saya bergegas mengambil bakinya. Habis cerita.
Hari ini beliau memberitahu yang bila pulang ke rumah dikira semula wang tersebut. Ia jadi 41 keping. Maknanya saya terlebih bayar. Itu sahaja yag mahu dijelaskan sejelas-jelasnya kepada saya.
Haram…. jika saya ambil wang ini. Itulah kata penutup yang tidak perlu diterjemahkan.

Sekadar berkongsi dengan anda semua agar kita mudah-mudahan tidak tergolong dalam golongan mereka yang mengambil apa-apa yang bukan hak kita..

Anda boleh rujuk dan membaca perkara-perkara yang lebih menarik di blog Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim..(klik) 

Berkongsi dan menyampaikan ilmu yang memberi manfaat kepada kita semua..


**************

Saturday, November 10, 2012

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum w.b.t



Korang semua dah tengok filem ni belum? Kalau belum aku suggest kat korang tengok..Filem ni bagi aku la,sangat best..Penuh gelak kelakar akan karektor Beto Kusyairy dan Lisa Surihani yang aku rasa sangat comel dan terbaik..*peace*

Cuma Tomok kena improve lagi,jangan berlakon ala kadar je..Takkan dalam real life tak pernah bercinta kot..hahahaha..Sorry guys,Tomok akan buat kita spoil sedikit la..hehehe..Tapi Lisa Surihani punya lakonan sangat best,selalu lakonan dia macam buat2,tapi yang ni nampak real sket,mungkin tengah tangkap cintan ngan si suami Yusry kot time tu..hehehe..

Karektor Beto Kusyairy sangat cute,membawa watak lelaki yang prinsipnya tak boleh nak marah perempuan..Cara dia menahan kemarahan sangat kelakar..Tak pernah jumpa lelaki macam tu..huhuhu..Aku ni memang peminat dia..uit..uit...;D

Apa yang aku dapat simpulkan dalam cerita ni adalah tak semestinya orang yang dah lama bercinta dan kenal dengan kita itu adalah jodoh kita, kadang2 orang yang kita kenal seminggu dua itu lah mungkin jodoh yang tertulis untuk kita..;))

"The Stranger become your lover and husband"
**XOXO**


#Just pendapat aku je....
#Terpulang pada citarasa masing-masing

Tuesday, November 6, 2012

Just Sharing..


Assalamualaikum w.b.t


"If you have a girl or guy and you have to let them go, let them go. But hold on to the faith & and be good to yourself. Sooner or later, they will come back. It will be more exciting!"

Kalau dia datang balik tu tandanya korang memang ada jodoh la tu kan..hehehe..Kalau dia tidak datang semula anggaplah kita memang tiada jodoh,then lets move on bebeh!!! Kita mungkin telah ditakdirkan menjadi kawan selamanya...

Kalau kita terjatuh sayang kepada kawan baik sendiri, just let the perasaan go away..kerana persahabatan itu lebih indah dan bermakna daripada kita mengejar sayang itu yang mana akan membuat dia melarikan diri daripada kita..Itu akan lebih terluka..Maka membiarkan perasaan itu pergi kita akan bahagia why not kita lepaskan..

Kenapa aku nak share benda alah ni tiba2 ek?? hahaha..part of my life maybe..Percayalah,banyak lagi cara untuk kita kelihatan lebih bahagia bersama si dia selain daripada memiliki diri dia..Terpulang kepada kita untuk memilih cara bagaimana mahu bahagia bersama si dia..;)



#sweet giler tgk drama adam dan hawa episod 41 mlm tadi..
#bercinta tanpa suara means balas2 sms..;)

Monday, November 5, 2012

Sakit, Penghapus Dosa..

Assalamualaikum w.b.t

Bila baca tajuk kat atas,gempak je kan..hehehe..Tapi apa yang ingin aku kongsikan disini xdak la gempak mana..Cuma sedikit pengalaman ketika ditimpa sakit yang datang tiba2..Kita xkan pernah tahu bila masa kita akan ditimpa sakit apatah lagi saat kematian kita..

Jumaat lepas,alhamdulillah masih bernafas dengan sihatnya..Namun,nikmat sihat itu hanya seketika bila tiba tengahari nya aku tiba2 sakit (ada penyebabnya) dan menyebabkan aku terus ke hospital..Kenapa aku pilih hospital daripada klinik?? Sebab paling utama,doktor kat klinik xpernah nak periksa aku punya sakit,dia hanya bertanya dan bagi ubat..Maka aku pilih ke hospital (bahagian kecemasan) untuk aku diperiksa sakit aku ni..

Aku jarang sakit,jadi bila sakit datang,keadaan aku sangat teruk..Dan ketika hari itu tekanan darah aku 184/147 sampai Medical Assistant (MA) tu ambil 3 kali tekanan darah aku sbb xpercaya..Aku memang xpernah ada tekanan darah tinggi tp dalam keluarga ada ler..Dan suhu badan aku 38.7 darjah celcius,disahkan demam..Dalam sekelip mata aku demam..Itulah Kuasa Allah,bila2 masa sahaja nikmat sihat itu ditarik kalau kita tidak menjaga dengan baik..Ampunkan dosa2ku ya Allah..

Disebabkan keadaan sakit itu,aku telah mendaki bukit Hospital Tuanku Jaafar tu untuk ke Unit Kecemasan yang berada jauh di atas tanpa aku sedari ada shuttle van kat parking bawah tu..huhuhu..Dugaan aku rasa..Masa tu terfikir bodohnya aku..hahaha..Tapi tula keadaannya..Bila sampai kat atas tu,memang dah macam nak hilang nafas ni..tambah kesakitan yang dialami,Allah sahaja yang tahu..Alhamdulillah,kesakitan yang dialami berkurangan..Doktor bagi aku 2 biji pil makan terus depan dia dengan 1 suntikan dan dapat cuti sakit..Terima kasih atas layanan baik daripada Dr. Izyan Wajiha,orangnya secantik namanya..;)

Doktor minta aku rujuk sakit aku ni dengan doktor pakar..Aku minta maaf banyak2 kat doktor,aku tak pergi pun buat temujanji dengan doktor pakar tu sbb aku ni penakut orangnya..InshaAllah,aku jaga kesihatan baik2 lepas ni..Mudah-mudahan..

Oklah,sampai kat sini sahaja aku kongsikan..semoga kita semua dikurniakan nikmat kesihatan yang sihat sentiasa daripada Allah s.w.t...Amin..



#Manchester United 2 - 1 Arsenal
#BPL

Thursday, November 1, 2012

Football and Friends

Assalamualaikum w.b.t

Bercakap mengenai bola kadang-kadang mengundang 1001 rasa yang terkadang terlepas terkadang terpendam...Sepanjang minggu ni kena 'take off' about football...Ketegangan sampai sekarang masih dirasai...Bukan apa, terkadang hati terasa,tersentap dan juga sebaliknya bergantung kepada keputusan pasukan bola yang kita sokong...Terkadang kita terlalu fanatik,obses dan juga sebaliknya...

Kita manusia...Dan itu hanya bola,permainan...Mereka kawan-kawan kita juga manusia...Dan itu, aku minta maaf apa yang terkadang terlepas dari jari-jari aku untuk menaipnya dilaman sosial kepunyaan diri aku..Jadi, dont want talk about that, this week..Its hurt everyone,pain..

Maka,aku penuhi hari-hari dengan melayan drama korea 'City Hunter' dan tv series 'Prison Break'..hehehe..Dan ya,aku memang lupa nak jenguk handphone..:D


We
are
U.N.I.T.E.D

***********************

# chelsea 5 - 4 manchester united
# capital one cup

Followers

Tukar LinK