Saturday, October 20, 2018

Kehilangan..

Assalammualaikum w.b.t

Setahun lamanya aku tak tulis..akhirnya aku kembali..sudah pasti hanya ksedihan yang mampu aku luahkan di sini..
aku tak tahu dari mana untuk aku mulakan..
begitulah setiap kali bila aku mula menaip..kesedihan menyelubungi diri aku..
ya..2 minggu..
aku kehilangan ABAH..


Orang yang sangat rapat dekat dihati aku..orang yang aku sayangi,aku kasihi...
ya,ABAH telah kembali menemui Ilahi pada 6 oktober 2018 yang lalu..
perginya arwah di depan mata aku..
terkilan nya hati kerana aku tidak menjangka itulah saat akhir aku bersama ABAH..
Allahu..
rindu aku tak mampu diungkap..

aku tak sempat nak minta ampun..
aku bersama dengan ABAH sepanjang hari..
aku lap badan ABAH,aku bersihkan muka ABAH,aku lap airmata ABAH..
semakin hampir meninggal makin banyak airmata ABAH mengalir..
tak aku jangka ABAH memberi petanda dia akan pergi meninggalkan kami..

ABAH..
ampunkan dosa kami adikberadik..
kami banyak terhutang budi dengan ABAH..
hidup kami susah tanpa ABAH..
ampunkan kami ABAH..

ABAH..
kami akan jaga mak dengan baik macam mana ABAH jaga mak..
ABAH tak akan kami lupa..

Doakan arwah ABAH,
Semoga Allah ampunkan dosa dosanya,tempatkan arwah ABAH dikalangan orang yang beriman..

Semoga ABAH tenang dan damai disana..

Al-Fatihah..

Followers

Tukar LinK