Thursday, November 22, 2012

Perjalanan yang berbeza..

Assalammualaikum w.b.t

Pagi yang indah ini aku ingin meluahkan sedikit cerita yang berada dalam diri aku..Bukan cerita cinta persahabatan tapi mengenai perjalanan yang aku ambil..

Perjalanan yang berbeza daripada mereka-mereka yang berada diluar sana..Aku kini berada dalam masalah..Perjalanan siapa yang tidak menemui masalah mahupun halangan..Segalanya datang dengan pelbagai tujuan..Semoga kita tahu tujuan kita..

Masalah ini datang kerana aku yang undang mereka..Kini mengharap ada yang sudi berkongsi namun itulah manusia,tidak semua mampu berkongsi dengan kita apatah lagi kita ini manusia yang berbeza pemikiran dan perjalanannya..

Walaupun aku akui perjalanannya mempunyai destinasi yang sama,namun kita tak mampu untuk berjalan-jalan bersama..Ada yang semakin jauh,ada yang semakin dekat..Namun bagi aku,destinasi semakin dekat,cuma perjalanan aku terasa jauh..

Jauhnya perjalanan ini aku rasa..Makin tertinggal jauh sehingga aku tidak nampak siapa yang berada didepan ku..Bagaikan kabus menutupi penglihatanku..

Aku menangisi nasibku dipertengahan perjalanan ini..Namun,tiada siapa yang mampu berhenti menegur ku,menyapu airmataku,menanyakan masalahku..Mungkin tiada siapa yang melalui jalan ini..Maka aku keseorangan..Dalam gelap aku merintih,dalam terang aku tersenyum..Antara gelap dan terang,aku masih meragui kebenarannya..

Aku meneruskan perjalanan ini biarpun ianya berbeza daripada mereka..Semoga aku bertemu dengan mereka dipersimpangan yang akan datang..

*******

Friday, November 16, 2012

Cerita yang mudah

Assalamualaikum w.b.t


Salam buat semua..Just simple entry,aku mahu berkongsi satu cerita yang mudah untuk kita faham dan pelajari..


Faris, tuan rumah kami muncul di rumah.
Beliau tidak tahu berbahasa Inggeris dan saya pula tidak pandai berbahasa Arab.
Apa yang saya ketahui tidak memadai untuk menyelesaikan masalah.
Beliau kelihatan serius. Akhirnya saya memohon bantuan Uzair, pelajar universiti Islam Madinah.
Ceritanya mudah. Dua minggu lepas saya membayar sewa rumah. Saya sudah sediakan SR20000. Lalu saya serahkan jumlah tersebut kepada beliau.
Beliau mengira dengan pantas. 39 keping not SR500. Tidak cukup SR500. Lalu saya bergegas mengambil bakinya. Habis cerita.
Hari ini beliau memberitahu yang bila pulang ke rumah dikira semula wang tersebut. Ia jadi 41 keping. Maknanya saya terlebih bayar. Itu sahaja yag mahu dijelaskan sejelas-jelasnya kepada saya.
Haram…. jika saya ambil wang ini. Itulah kata penutup yang tidak perlu diterjemahkan.

Sekadar berkongsi dengan anda semua agar kita mudah-mudahan tidak tergolong dalam golongan mereka yang mengambil apa-apa yang bukan hak kita..

Anda boleh rujuk dan membaca perkara-perkara yang lebih menarik di blog Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim..(klik) 

Berkongsi dan menyampaikan ilmu yang memberi manfaat kepada kita semua..


**************

Saturday, November 10, 2012

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum w.b.t



Korang semua dah tengok filem ni belum? Kalau belum aku suggest kat korang tengok..Filem ni bagi aku la,sangat best..Penuh gelak kelakar akan karektor Beto Kusyairy dan Lisa Surihani yang aku rasa sangat comel dan terbaik..*peace*

Cuma Tomok kena improve lagi,jangan berlakon ala kadar je..Takkan dalam real life tak pernah bercinta kot..hahahaha..Sorry guys,Tomok akan buat kita spoil sedikit la..hehehe..Tapi Lisa Surihani punya lakonan sangat best,selalu lakonan dia macam buat2,tapi yang ni nampak real sket,mungkin tengah tangkap cintan ngan si suami Yusry kot time tu..hehehe..

Karektor Beto Kusyairy sangat cute,membawa watak lelaki yang prinsipnya tak boleh nak marah perempuan..Cara dia menahan kemarahan sangat kelakar..Tak pernah jumpa lelaki macam tu..huhuhu..Aku ni memang peminat dia..uit..uit...;D

Apa yang aku dapat simpulkan dalam cerita ni adalah tak semestinya orang yang dah lama bercinta dan kenal dengan kita itu adalah jodoh kita, kadang2 orang yang kita kenal seminggu dua itu lah mungkin jodoh yang tertulis untuk kita..;))

"The Stranger become your lover and husband"
**XOXO**


#Just pendapat aku je....
#Terpulang pada citarasa masing-masing

Tuesday, November 6, 2012

Just Sharing..


Assalamualaikum w.b.t


"If you have a girl or guy and you have to let them go, let them go. But hold on to the faith & and be good to yourself. Sooner or later, they will come back. It will be more exciting!"

Kalau dia datang balik tu tandanya korang memang ada jodoh la tu kan..hehehe..Kalau dia tidak datang semula anggaplah kita memang tiada jodoh,then lets move on bebeh!!! Kita mungkin telah ditakdirkan menjadi kawan selamanya...

Kalau kita terjatuh sayang kepada kawan baik sendiri, just let the perasaan go away..kerana persahabatan itu lebih indah dan bermakna daripada kita mengejar sayang itu yang mana akan membuat dia melarikan diri daripada kita..Itu akan lebih terluka..Maka membiarkan perasaan itu pergi kita akan bahagia why not kita lepaskan..

Kenapa aku nak share benda alah ni tiba2 ek?? hahaha..part of my life maybe..Percayalah,banyak lagi cara untuk kita kelihatan lebih bahagia bersama si dia selain daripada memiliki diri dia..Terpulang kepada kita untuk memilih cara bagaimana mahu bahagia bersama si dia..;)



#sweet giler tgk drama adam dan hawa episod 41 mlm tadi..
#bercinta tanpa suara means balas2 sms..;)

Monday, November 5, 2012

Sakit, Penghapus Dosa..

Assalamualaikum w.b.t

Bila baca tajuk kat atas,gempak je kan..hehehe..Tapi apa yang ingin aku kongsikan disini xdak la gempak mana..Cuma sedikit pengalaman ketika ditimpa sakit yang datang tiba2..Kita xkan pernah tahu bila masa kita akan ditimpa sakit apatah lagi saat kematian kita..

Jumaat lepas,alhamdulillah masih bernafas dengan sihatnya..Namun,nikmat sihat itu hanya seketika bila tiba tengahari nya aku tiba2 sakit (ada penyebabnya) dan menyebabkan aku terus ke hospital..Kenapa aku pilih hospital daripada klinik?? Sebab paling utama,doktor kat klinik xpernah nak periksa aku punya sakit,dia hanya bertanya dan bagi ubat..Maka aku pilih ke hospital (bahagian kecemasan) untuk aku diperiksa sakit aku ni..

Aku jarang sakit,jadi bila sakit datang,keadaan aku sangat teruk..Dan ketika hari itu tekanan darah aku 184/147 sampai Medical Assistant (MA) tu ambil 3 kali tekanan darah aku sbb xpercaya..Aku memang xpernah ada tekanan darah tinggi tp dalam keluarga ada ler..Dan suhu badan aku 38.7 darjah celcius,disahkan demam..Dalam sekelip mata aku demam..Itulah Kuasa Allah,bila2 masa sahaja nikmat sihat itu ditarik kalau kita tidak menjaga dengan baik..Ampunkan dosa2ku ya Allah..

Disebabkan keadaan sakit itu,aku telah mendaki bukit Hospital Tuanku Jaafar tu untuk ke Unit Kecemasan yang berada jauh di atas tanpa aku sedari ada shuttle van kat parking bawah tu..huhuhu..Dugaan aku rasa..Masa tu terfikir bodohnya aku..hahaha..Tapi tula keadaannya..Bila sampai kat atas tu,memang dah macam nak hilang nafas ni..tambah kesakitan yang dialami,Allah sahaja yang tahu..Alhamdulillah,kesakitan yang dialami berkurangan..Doktor bagi aku 2 biji pil makan terus depan dia dengan 1 suntikan dan dapat cuti sakit..Terima kasih atas layanan baik daripada Dr. Izyan Wajiha,orangnya secantik namanya..;)

Doktor minta aku rujuk sakit aku ni dengan doktor pakar..Aku minta maaf banyak2 kat doktor,aku tak pergi pun buat temujanji dengan doktor pakar tu sbb aku ni penakut orangnya..InshaAllah,aku jaga kesihatan baik2 lepas ni..Mudah-mudahan..

Oklah,sampai kat sini sahaja aku kongsikan..semoga kita semua dikurniakan nikmat kesihatan yang sihat sentiasa daripada Allah s.w.t...Amin..



#Manchester United 2 - 1 Arsenal
#BPL

Thursday, November 1, 2012

Football and Friends

Assalamualaikum w.b.t

Bercakap mengenai bola kadang-kadang mengundang 1001 rasa yang terkadang terlepas terkadang terpendam...Sepanjang minggu ni kena 'take off' about football...Ketegangan sampai sekarang masih dirasai...Bukan apa, terkadang hati terasa,tersentap dan juga sebaliknya bergantung kepada keputusan pasukan bola yang kita sokong...Terkadang kita terlalu fanatik,obses dan juga sebaliknya...

Kita manusia...Dan itu hanya bola,permainan...Mereka kawan-kawan kita juga manusia...Dan itu, aku minta maaf apa yang terkadang terlepas dari jari-jari aku untuk menaipnya dilaman sosial kepunyaan diri aku..Jadi, dont want talk about that, this week..Its hurt everyone,pain..

Maka,aku penuhi hari-hari dengan melayan drama korea 'City Hunter' dan tv series 'Prison Break'..hehehe..Dan ya,aku memang lupa nak jenguk handphone..:D


We
are
U.N.I.T.E.D

***********************

# chelsea 5 - 4 manchester united
# capital one cup

Monday, October 29, 2012

Quotes For Today



"The day you were born, death is sure to come.
One came with nothing & will leave with nothing."


#bysomeone

Monday, October 22, 2012

Harimau Muda juara Piala Newspaper



Skuad Bawah 21 Malaysia berjaya meraih kejuraan sulung Piala Newspaper di Vietnam selepas menewaskan Vietnam Youth Newspaper 1-0.






Sumber : ESPNSTARMY

Sana Sini Jemputan Kenduri Kahwin

Assalamualaikum w.b.t

Salam pagi isnin yang mulia dan dirahmati Allah..

Kenduri kahwin kian memanggil manggil aku untuk dihadiri memeriahkan saat bahagia mereka sahabatku..huhuhu..Bak kata abah dgn mak,banyak dapat kad kahwin..hehehe..Nak buat macam mana,kawan ramai..;P

Ada sampai bertindih tindih tarikh jemputannya..mana satu nak pergi pun tak tahu..hehehe..Kalau dekat dekat masih boleh lagi pergi kesemuanya...Masih buat perancangan kenduri mano nak poei..den ponek nak fikir..hehehe..

Btw,at this time i got happy news from my brother in law,my kak long selamat delivered baby girl 3.25kg..Alhamdulillah ya Allah..;) Alhamdulillah selamat segalanya kerana setiap cerita kegembiraan pastinya terselit cerita sedih...Semoga setiap perkara menjadi iktibar kepada kita semua..

Monday, October 15, 2012

Lee Chong Wei nak kahwin...


Lee Chong Wei dan Wong Mei Chew



Tahniah Datuk Lee Chong Wei nak kahwin bulan depan 10 November 2012 bersama Wong Mei Chew..Padan sangat..Dua-dua pemain badminton,semoga dapat melahirkan pelapis badminton yang hebat...hehehehe..

Mengenali antara satu sama lain sejak 11 tahun yang lalu,satu tempoh yang amat lama aku rasa..Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat Datuk dan Mei Chew..;)







Kredit gambar Anovia Bridal.

Friday, October 5, 2012

Dosa dan Kemaafan

Dosa...

Aku dihantui dosa dosa silam ku...
Aku mohon keampunan dariMu ya Allah...
Aku mohon kemaafan darimu sahabatku...
Maafkan dosa dosa ku padamu sahabat...

Kemaafan...

Berilah keampunanMu kepadaku ya Allah...
Berilah kemaafanmu kepadaku wahai sahabatku...
Aku benar benar mengharap kemaafan darimu...

Maafkan aku...





Gambar kredit to Google...

Wednesday, September 26, 2012

Melayu atau Melayu


Ku Petik Sebahagian Lirik Lagu:

"
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
                                                           "   

Monday, September 24, 2012

Suka..



Suka...
Hahahaha..

Tak ada kaitan langsung...
Hehehehe...

Tengah melayan jiwa...
Hihihihi....

Ohh stresssed...
Huhhhhh!

Thursday, September 13, 2012

Adam dan Hawa

Assalamualaikum w.b.t




Salam buat semua..

Adam dan Hawa..itulah fenomena sejak dua minggu lepas..sentiasa dinanti oleh peminat2 tegar diseluruh pelusuk negara..hehehe..termasuklah aku sendiri..:) Gambar novel kat atas tu aku punya novel yg dibeli tahun 2006,cetakan ke-6 xsilap aku..dah banyak kali baca novel ni..xpernah rasa bosan..jalan cerita yang mudah difahami namun,cara diterjemahkan menarik hati..setelah 6 tahun membeli dan membaca,akhirnya novel ini telah siap divisualkan kepada semua..

Aku akui,pada mulanya aku xsetuju Nadiya Nisaa' dipilih sebagai heroin..sebagai pembaca novel,kita sering berangan,berimaginasi siapakah heroin yang paling sesuai,hero nya..hehehe..namun,Nadiya Nisaa' sangat berbakat..beliau berjaya menjiwai,menghidupkan watak Ain Hawani malah aku xrasa sedang membaca novel..watak itu benar2 hidup..hahaha..Tahniah Nadiya Nisaa'..:) Terima kasih kerana anda telah membuktikan pada kami yang tidak mempercayai kebolehan anda..



Banyak drama adaptasi dari novel mengecewakan terutama drama Bicara Hati..sangat kecewa..hope ada syarikat produksi lain bikin semula dengar sempurna..sayang..

Namun,perjalanan drama ini masih jauh lagi..baru sampai episod 11..masih ada 69 episod..huhuhu..penantian satu penyeksaan..:D tetapi jangan kita lupa,berhibur,berhibur juga..matlamat asal kenapa kita dilahirkan didunia persinggahan ini jangan dilupakan..:)

Tahniah sekali lagi kpd team #AdamdanHawa..;)



Sekian...


p/s: gambar kredit to Adam dan Hawa Officialpage

Tuesday, September 4, 2012

Untuk Kawan2 yang kita suka..

Assalamualaikum w.b.t

Salam buat semua kawan2 yang sudi menyinggah membaca...Lama xupdated entry..lama la sangatkan..hehehe..Actually banyak benda nak update terutama pasal kenduri kahwin sahabat2 yang sangat dikasihi..merekalah yang ada ketika ku susah dan senang walaupun kdg2 terguris,terluka,namun itulah namanya sahabat..;)

Bila melihat saat mereka menjadi isteri, terdetik dalam hati,kita mungkin xdapat bersama gelak2,nangis2,suka2,gosip2 seperti dulu lagi..hehehe..airmata ni xmampu jatuh disaat hari bahagia mereka, hanya mengalir dikala aku melihat gambar mereka dan ketika aku menulis entri ini..perasaan adalah sesuatu yang aku payah nak zahirkan kepada mereka..hanya perasaan marah je mudah dizahirkan...

Rindu nak bersama dengan mereka lagi..walaupun jauh perjalanan yang dilalui untuk ke majlis mereka,namun ianya sesuatu yang menyeronokkan..menghabiskan masa dalam kereta,komuter,bas..ya,semuanya kerana masa..masa yang harus dimanfaatkan dengan suka,sedih,gaduh..masa yang akan mencipta segala kenangan yang akan dikenang bila tua nanti..hahahaha...

Selalu aku kenakan orang,sekali bila org plak kenakan aku,kenalah layan...hahaha..bdk2 ni jarang kenakan aku..bila dapat,kena cukup2,sampai naik sakit pipi ni dok gelak2..hehehe..nice beb..tak pernah kisah,asal kita gembira dan terus gembira mencipta kenangan yang akan kita kenang selalu dan rindu selalu..tahun ini amat baik kepada aku untuk mencipta pelbagai kenangan yang gembira dan kurang gembira..

Semoga kita semua akan berbahagia dan bertemu dengan pasangan yang telah ditetapkan untuk kita...kenang daku dalam doamu kawan2 yang aku kasihi..;)


Friday, August 10, 2012

Assalammualaikum w.b.t

Salam jumaat kepada semua..hari ni aku nak kongsi iklan raya dr Bernas pulak..Terus terang aku cakap,aku menangis menonton iklan ini..jauh disudut hati,aku bersyukur pdMu ya Allah kerana dilahirkan sempurna dan masih mempunyai kedua ibubapa..


Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.

Suatu ketika, Rasulullah saw bertemu beberapa anak yatim yg sedang bermain dan Baginda mengusap kepala anak yatim berkenaan dan berkata, "Aku juga anak yatim, siapa yg mengasihi anak yatim bererti dia mengasihi diriku. Aku dan orang yg mengasuh anak yatim berada di syurga seperti ini (Rasulullah memberi isyarat jari telunjuk dan jari tengah yg direnggangkan sdkt antara kedua2 jari itu )," Hadis riwayat Bukhari


Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran yang ingin disampaikan dalam iklan ini..ianya bukan dicipta,tapi realiti yang harus kita lalui dan hadapi..

Selamat Hari Raya AidilFitri..;)

Tuesday, August 7, 2012

Filem Pendek Raya Petronas (Iklan Raya)

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini aku ingin kongsikan video pendek dari petronas kira iklan raya petronas la kot..haha..aku terbaca dan terlihat di blog Beautifulnara..Thanks abang Nara yg rajin explore..

Filem pendek ini mengisahkan Erman, seorang jurutera Petronas yang ditempatkan di Asia Tengah, cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan jauh dari kampung halaman, apabila jalan hidupnya menemukan dia dengan seorang kanak-kanak lelaki tempatan, Jeyhun.Erman dan Jeyhun mulanya tidak mengenali antara satu sama lain, setiap langkah membawa mereka lebih dekat untuk mengenali potensi diri mereka yang sebenar, dan membawa perubahan pada orang di sekeliling mereka. Ianya cerita mengenai perjalanan seorang lelaki untuk mengenali dirinya sendiri dan eksplorasi makna sebenar kehidupan.


Monday, August 6, 2012

Gaksital aka Bridal Mask

Assalammualaikum w.b.t

Salam bertemu kembali..Salam 17 Ramadhan...Salam Nuzul Quran..Semoga kita sentiasa berada dibawah rahmat Allah s.w.t..

Perkembangan terbaru aku adalah mengenai tajuk entri di atas..hehehe..Tengah melayan drama BRIDAL MASK..Bagi aku cerita ni mempunyai plot yang hebat..Dan aku baru sahaja habis melayan satu lagi drama korea yang sangat best, KING 2 HEARTS..Aku suggest kat korang yang ada masa lapang untuk menonton drama ni..Of course la jangan lupa rebut peluang melakukan seberapa banyak ibadah dibulan yang mulia ini..;)

Ok,balik semula pada topik diatas,aku layan drama ni kat KBS World channel..Cerita berkisar mengenai hero (bridal mask) pada zaman penjajahan jepun di korea sekitar tahun 1930..Pada mulanya, watak bridal mask didukung oleh abang kpd watak hero iaitu Lee Kang-san..Namun akhirnya mati ditembak oleh si hero yang merupakan adiknya sendiri Lee Kang-to (Joo Won)..Si hero ni pada mulanya seorang yang sangat kejam pd bangsa dia sendiri,kira tali barut jepun..Dia kerja sbg polis jepun..Selepas kematian abangnya,barulah dia bertukar watak menjadi baik dengan menyambung menjadi Bridal Mask..Si heroin plak iaitu Oh Mokdan (Jin Se-Yeon) adalah anak kepada pejuang kebebasan Damsari..Si hero dan si heroin ni dah kenal dari kecil namun terpisah,mereka adalah musuh ketika watak dewasa sehinggalah si heroin tahu siapakah disebalik topeng Bridal Mask itu..hehehe..Kalau korang xfaham kenalah tgk sendiri k..aku xpandai sangat nak bercerita..Jangan lupa ada watak lelaki sorg lg Kimura Shunji (Park Ji-Woong),yang amat mencintai si heroin..tp sayang dia org jepun..Dia juga berkawan baik dengan si hero..Apakah akan terjadi bila dia mengetahui bahawa kwn baiknya adalah Bridal Mask yg diburu dan yg telah membunuh abangnya Kimura Kenji..?









Oklah,sampai kat sini sahaja memandangkan cerita ni xhabis lg..ada 28 episode..huhu..Selamat berpuasa semua..;)

Monday, July 30, 2012

Teman Pengganti - Black & Malique

Assalammualaikum w.b.t

Salam buat semua..ingin berkongsi lagu ini bersama anda semua..
Lagu Teman Pengganti..aku sangat sayu mendengar lirik lagu ini..




Thursday, June 28, 2012

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2012



Assalamualaikum w.b.t

Salam bertemua kembali di entri yang semakin panas..panas ke? Kalau panas, turn ON your switch fan/aircond...hehehe..

Bukan panas apa,tapi panas hati,panas telinga bila dapat tahu dan dengar yang tema kemerdekaan negara kita negara Malaysia yang dikasihi dan dicintai semakin tidak relevan..Apakah kita tidak semakin buntu atau semakin tidak kreatif untuk membuat tema kemerdekaan yang sedap didengari,yang molek dibaca...

Negara kita ramai golongan yang terpelajar yang mampu memberi idea tema yang sesuai..Ini tgk tema dah macam bukan merdeka tapi pilhan raya..Saya bercakap/memberi sedikit pandangan sebagai rakyat Malaysia..Saya sayang Malaysia..

Saya harap tema kemerdekaan biarlah sesuai dengan hari kemerdekaan kita bukan seolah2 dikaitkan dengan pilihan raya..Mari kita susuri tema-tema har kemerdekaan negara kita dibawah ni..(copy paste dari FB kawan)


1989 - 'BERSATU'
1990 - 'BERJAYA'
1991 - 'WAWASAN 2020'
1992 - 'WAWASAN ASAS KEMAJUAN'
1993 - 'BERSATU MENUJU WAWASAN'
1994 - 'NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN'
1995 - 'JATIDIRI PENGERAK WAWASAN'
1996 - 'BUDAYA PENENTU KECAPAIAN'
1997 - 'AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA'
1998 - 'NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA'
1999 - 'BERSATU KE ALAF BARU'
2000 - 2006 - 'KERANAMU MALAYSIA
2007 - 'MALAYSIAKU GEMILANG'
2008 - 'PERPADUAN TERAS KEJAYAAN'

[Kemudian, ia menjadi semakin pelik dan ridiculous...]

2009 - '1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'
2010 - '1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI'
2011 - '1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA'

[Dan kemuncak ridiculous...]

2012 - 'JANJI DITEPATI'



Sampai disini sahaja entri saya pada kali ni..


p/s : bulan ramadhan bakal mengunjung tiba,marilah kita semua bersedia menyambut kedatangannya..~

Tuesday, June 26, 2012

Kelayakan Piala Asia AFC U22 2013

Assalammualaikum w.b.t

Salam bertemu kembali..Hari ni nak cter sket pasal bola sepak..hehehe..tapi bukan Euro 2012,kalau baca tajuk entri kat atas sure korang tahu kan...huhu..

Piala Asia AFC U-22 pada 2013 merupakan kejohanan dwitahunan yang baru diperkenalkan oleh AFC. Kejohanan sulung Piala AFC Bawah 22 Tahun 2013 melibatkan 41 negara yang diundi dalam tujuh kumpulan. Pasukan Malaysia (squad Harimau Muda) diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina.


Aku sertakan keputusan terkini pasukan negara kita..


23 Jun 2012 - 4:45pm - Malaysia 2:3 Korea Selatan
Thamil Arasu (2)

25 Jun 2012 - 4:45pm - Malaysia 7:0 Filipina
Rozaimi Abdul Rahman(4), Mohamad Fandi, Wan Zaharul Nizam, Saarvindran

28 Jun 2012 - 4:45pm - Malaysia vs Taiwan
30 Jun 2012 - 4:45pm - Malaysia vs Vietnam
3 Julai 2012 - 7:45pm - Malaysia vs Myammar

Kedudukan Kumpulan Piala Asia AFC U22 2013
Kumpulan A | UAE, Iraq, Oman, India, Turkmenistan, dan Lebanon
Kumpulan B | Saudi Arabia, Syria, Pakistan, Palestin, Kyrgyzstan dan Sri Lanka
Kumpulan C | Bahrain, Iran, Tajikistan, Qatar, Kuwait dan Maldives
Kumpulan D | Uzbekistan, Jordan, Yaman, Bangladesh dan Nepal
Kumpulan E | Australia, Japan, Indonesia, Singapura, Macau dan Timor-Leste
Kumpulan F | Korea Utara, China PR, Thailand, Hong Kong, Laos dan Kemboja
Kumpulan G | Korea Selatan, Vietnam, Malaysia, Myanmar, Taiwan dan Filipina

Sumber >> www.the-afc.com

Monday, June 25, 2012

Penalty Terbaik Dari Pirlo

Assalamualaikum w.b.t. 


 Just nak share video penalty kick Pirlo..tercantik dan terbaik..seorang pemain yang sangat tenang dan bersahaja..
 

Friday, June 22, 2012

25 Tahun

Assalamualaikum w.b.t


Salam Jumaat yang indah daripada saya kepada anda yang sudi membaca tulisan entri saya..Salam sejahtera juga bagi mereka yang bukan muslim..

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan dan rahmatNya saya masih bernafas dimuka bumi ini..Masih lagi dapat meneruskan pencarian dalam dunia persinggahan ini..Semoga saya akan terus istiqamah dalam mencari redha Allah s.w.t..Hari ini usia saya bertambah, 25 tahun..Suku abad sudah..Masih lagi solo..hehe..

Pada 25 tahun yang lalu,tepat jam 7.53 minit malam, lahirlah seorang bayi seberat 3.38 kg dalam sebuah keluarga sepasang suami isteri, Encik Alias dan Puan Puteh..Anak ke-5 daripada 6 org adikberadik..Kakak pernah beritahu,saya adalah unexpected baby..Jarak usia saya dan kakak atas saya hanya 2 tahun..Bukan merancang tetapi keluarga saya bukanlah org yang senang, mungkin itulah sebabnya saya dikatakan unexpected baby..hehehe..

Alhamdulillah, kini saya membesar dengan sangat sihat sekali..hehehe..Sudah ada pekerjaan yang tetap (inshaAllah) dan akan kekal lama hendaknya..Akan berusaha membahagiakan kedua ibubapa dan keluarga saya..Mereka adalah keutamaan dalam hidup saya..

Terima kasih kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang wish kpd saya,semoga doa kalian didengar dan dimakbulkan oleh Allah s.w.t..Saya doakan semoga hidup saya dan anda sentiasa dibawah lindunganNya dan redhaNya..Semoga kita terus mencari apa yang diperlukan,menyumbang apa yang dikehendaki dan mengamalkan apa yang dipelajari..

Terima kasih dan Salam Jumaat drpd saya..


Friday, June 15, 2012

Barakallah (Part.1)


Assalammualaikum w.b.t

Salam dipagi hari Jumaat yang cukup indah dan tenang ini..Mempunyai sedikit kelapangan dipagi ini maka digunakan untuk updated entri terbaru...

Tengok tajuk entri je sure korang tahu apa yang ingin dituliskan..hehehe..ok,untuk part.1 ni aku bawakan perkahwinan yang mendapat tajaan dari pelbagai pihak.


Tahniah kepada pasangan Nor Syafiqah Syahirah Mohamed, 25, dan Mohd. Firdaus Mohd. Fauzi, 27, apabila mereka dinobatkan sebagai juara Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-3. Nor Syafiqah berasal dari Senggarang, Batu Pahat, Johor manakala Mohd. Firdaus dari Kangar, Perlis. - UTUSAN 13 Mei 2012.
Kalau korang baca je pun dah tau kan dekat mana majlis tersebut berlangsung..Maka seawal pagi yang mampu telah aku bangun utk bersiap ke sana,takut lambat sampai..al-maklumlah jauh betul nak ke sana..hehee..ke sana bersama dua orang sahabatku juga bakal berkahwin tahun ini, Munirah dan Ewan..;)

Bergerak dlm jam 10.45pg dari Melaka menuju ke Batu Pahat,Johor..Sampai lebih kurang dlm jam 12.35 tengahari..Sampai kat tol tu mcm biasalah dlm 1 setengah jam,tp nak ke rumah pengantin jauh ke dalam..Bila ke Johor,maka banyaklah parit-parit yg perlu ditempuhi dengan jayanya..bayangkanlah pakai baju kurung aku redah parit..hahaha..(gurau je)..

Minta maaf ya pihak pengantin sbb xdpt tunggu anda bersanding,lambat sangat nak tunggu si pengantin lelaki datang bertandang...hehehe..Maka,gambar dari UTUSAN MALAYSIA pun jadilah ya..;)


Yang kat bawah ni bukan dari utusan ok..ni dari camera kopak aku...;) Tinggi x pengantin perempuan?? hehehe..Ya,dia memang tinggi dari kami semua..


Oklah,ringkas je untuk entri kali ini...untuk part.2 kita tunggu bulan depan ok..ke Selangor pulak kita terjah...entri ku diakhiri dengan ucapan,

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT IKA & FAUZI, SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA..
~AMIN~



Credit to Utusan Malaysia.. 

Friday, June 8, 2012

Latest Updated

Assalammualaikum w.b.t.


Salam kepada anda semua,lama sudah xupdated entri kat blog ni..Bukan sibuk sangat tetapi kemalasan menaip melanda diri ini..hehehe..So,pada hari Jumaat yang indah ini,ada sedikit kelapangan bg kaum Hawa yang tidak perlu ke masjid menunaikan Solat Jumaat,maka masa ini saya manfaatkan untuk menulis pasal diri saya yang terkini.

Alhamdulillah, dah sebulan lebih sedikit saya bekerja sebagai Electrical Engineer di Menara Teknik cawangan Seremban..Nama saja Electrical Engineer but kerja saya disini more kepada Mechanical part..rasanya cukup kot kalau cerita sedikit-sedikit je..hehehe..Hope kerja ini yang paling lama la..hehehe..sebelum ni saya kerja 3 bulan berhenti sbb masalah environment..Kat sini rakan sekerja ok,not bad..



Ok,kita tukar topik lain..Kenduri kahwin..Sure korang semua dpt banyak jemputan kenduri kahwin sampai pening kepala nak pergi yang mana satu kan?? Pada saya,saya pergi yang mana dekat dan termampu sahaja..bukan xnak pergi semua,tetapi kita juga ada sebab-sebab yang xdapat nak dielakkan..Disini ingin saya merakamkan Selamat Pengantin Baru, Barakallah!!! Semoga Berbahagia hingga ke Jannah.

Cukuplah sampai disini,kerana saya ingin bersiap sedia untuk keluar rehat mencari hadiah kenduri kahwin..hehehe...Semoga kita dipertemukan semula..Insya'Allah..;)





Ya Sudahlah

Bondan Prakoso & Fade To Black - Ya Sudahlah





Ketika mimpimu yang begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah

Reff:

Apapun yang terjadi
Ku ‘kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Cause everythings gonna be ok

Satu dari sekian kemungkinan
Kau jatuh tanpa ada harapan
Saat itu raga kupersembahkan
Bersama jiwa cita-cita dan harapan
Kita sambung satu persatu sebab akibat
Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
Menuntun ke arah mata angin bahagia
Kau dan aku tahu jalan selalu ada
Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
Bagai deras ombak yang menabrak karang
Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
Hadapi bersamaku hingga akhir datang

Saat kau berharap keramahan cinta
Tak pernah kau dapat ya sudahlah yeah
Dengar ku bernyanyi lalalalala heyeyeyeyeyayaya
Dedum dedudedadedudidam semua ini belum beakhir

Back to Reff:

Satu ‘kan langkah langkah yang beriring
Genggam hati rangkul emosi
Genggamlah hatiku satukan langkah kita
Sama rasa tanpa pamrih
Ini cinta across the sea
Peluklah diriku terbang bersamaku
Melayang jauhh.. woo..woo.. yeeahhh.. (come fly with me, baby)

Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
Sosok ini yg menerima kelemahan hati
Yea.. aku cinta kau.. ini cinta kita
Cukup satu waktu yes untuk satu cinta
Satu cinta ini akan tuntun jalanku
 Rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
Rebahkan rasamu untuk yg ditunggu
Bahagia hingga ujung waktu

Back to Reff: 3x

Monday, February 6, 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah




Followers

Tukar LinK