Friday, November 16, 2012

Cerita yang mudah

Assalamualaikum w.b.t


Salam buat semua..Just simple entry,aku mahu berkongsi satu cerita yang mudah untuk kita faham dan pelajari..


Faris, tuan rumah kami muncul di rumah.
Beliau tidak tahu berbahasa Inggeris dan saya pula tidak pandai berbahasa Arab.
Apa yang saya ketahui tidak memadai untuk menyelesaikan masalah.
Beliau kelihatan serius. Akhirnya saya memohon bantuan Uzair, pelajar universiti Islam Madinah.
Ceritanya mudah. Dua minggu lepas saya membayar sewa rumah. Saya sudah sediakan SR20000. Lalu saya serahkan jumlah tersebut kepada beliau.
Beliau mengira dengan pantas. 39 keping not SR500. Tidak cukup SR500. Lalu saya bergegas mengambil bakinya. Habis cerita.
Hari ini beliau memberitahu yang bila pulang ke rumah dikira semula wang tersebut. Ia jadi 41 keping. Maknanya saya terlebih bayar. Itu sahaja yag mahu dijelaskan sejelas-jelasnya kepada saya.
Haram…. jika saya ambil wang ini. Itulah kata penutup yang tidak perlu diterjemahkan.

Sekadar berkongsi dengan anda semua agar kita mudah-mudahan tidak tergolong dalam golongan mereka yang mengambil apa-apa yang bukan hak kita..

Anda boleh rujuk dan membaca perkara-perkara yang lebih menarik di blog Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim..(klik) 

Berkongsi dan menyampaikan ilmu yang memberi manfaat kepada kita semua..


**************

No comments:

Followers

Tukar LinK