Thursday, July 29, 2010

Titipan buat rakan sekelasku....

assalamualaikum...

entri aku kali ni aku tuju khas buat bdk2 kelas aku...
bkn nak marah just nak luah lah kat korang...
ape itu rase buat keje sorang2 tok kepentingan semua...

ade sesetengah org,hanya tau bercakap tp xbertindak...
hanya tau menyuruh tp xnk buat sama2...
hanya tau pegang jwtn tp xnk bertanggungjawab...
hanya tau melihat tp xnk menolong...
hanya tau goyang kaki asal segalanya sedia ade...
dan mcm2 lg la kalo nak dikatakan....

bkn ckp diri ni buat keje xikhlas,but fikirlah weh...
larat ke ek dia buat keje sorang2???
mampukah dia ek???
nak aku tolong dia ke x ek???
tolong tanya ke,ade ape2 yg boleh kitorang tlg ko???
yela,nak pergi trip ni sama2,kitorang xnaklah tumpang je pergi...
kalo ade kije nak kite org tlg,bglah tau...

hmmmm...
alangkah seronoknye hati aku kalo ade manusia mcm tu kat dunia ni...
xpyh tggu aku merungut,dh dtg tanya aku dulu...
alhamdulillah kalo ade manusia sebegitu...
tp kalo korang nak tau manusia yg mcmni adela...
weh,ade kosong???
nak join..ala bolehlah...
yg ni ade,xpyh tanya,diorang yg tanya kat aku dulu...
huhuhu...

bila aku dh merungut,surelah kwn2 yg terdekat ngan aku je yg tlg aku..
thanks sgt2 kat k.jaz.k.ikin.k.aini.k.sariyus....
ni tulang belakang aku....
xde dorg,aku mmg nak batalkan je site visit tu...
biar sam2 xdpt markah,or korang wat sendirik..
rase mcm mane susahnye...
pd sape2 yg penah wat prgm tahulah kan cmne rasenya...
those yg xtau,sila lah amik tau...

pd yg membantu aku cr tmpt penginapan,thanks weh...
sorry menyusahkan korang...
pd yg ade tolong sket,tanya aku psl site visit...
thanks gak weh...
at least,korang tanya gak kat aku...
tahu ape perasaan aku...
sampai aku drop sbjek RF....
tp tahniah la sape yg mammpu teruskan...
yela,korang perlu fikirkan RF je,yg len xperlukan...
sbb yg len org mcm aku je yg kene fikirkan tok korang..
yela,anak2 raja semua...
nak pergi mane2,semua dh siap...

aku bkn nk salahkan korang sbb aku drop sbjek tu,
tp fikir2lah...
i need ur help..
xtlg kat site visit,tlg aja aku RF pon cukup dh..
tp tu la malangnya...
jgn ckp aku xadventure la,xchallenge la sbb drop RF..
korang leh ckp mcm2...
tp try dok kat tmpt aku,wat kije ni sorg2...
korang tau la ape rasenye...
melainkan korang mmg mampu la..
tambah korang pandai+mmg xpyh org tolong...

aku rase elok lah sampai kat sini je aku taip..
kang lebeh2,ade lak yg ckp aku wat keje xikhlas...
org hanya tau bercakap itu dan ini...
tapi xpenah nak hulurkan bantuan....

teringat kak ikin ckp psl isi ceramah ust.zamri...
ust.zamri bertanya kepada ahli panel....
"depan sy ni ade gelas minuman berisi air...
bagaimanakah sy nak air itu tumpah dr gelas tu??"
ahli panel sume jwb,tolak jela gelas tu,nnt tumpahlah air tu...
lalu ust.zamri memberi jwpnnya...
semua org hanya tahu memberi cdgn,jwpn tp adakah air yg berada dlm gelas td tumpah dgn hanya berkata begitu?????!!! tidak kwn2...air itu xkan tumpah hanya dgn berkata2....tp mestilah dgn bertindak tolak gelas tu betul2 sampai airnya tumpah....itu lah yg betul...ramai org kita hanya tau berkata2 tp xtau nak bertindak...itulah realiti org2 kita mase kini....

sekian...
wassalam...

Saturday, July 17, 2010

Titipan buat sahabatku...

assalamualaikum...

untuk entri kali ni,aku nak cter sket psl sahabat2 ku diluar sana....
idea ni dtg bila aku bace entri kawan aku....

actually,aku pon ingin share something pasal sahabat aku ni...
sahabat aku sorang ni nak blk kampung,dia drive kete...
the prob is,mak dia xkasi drive sorang2 blk kampung...
ape lg,aku pon tawarkan diri nak teman dia blk umah...hehee...
tiba2 je idea dtg nak g jalan2...;P

nak jdkan cter,aku xjd ikut dia,sbb segan la plak sorg2 ikut dia...
tp mase tu aku xkisah lg,sbb kalo aku xjd ikut,kwn dia ade nk blk skali..
so,aku xde r ase bersalah sgt xikut dia...hehehe...
tp tula,dugaan Allah ni sentiasa dtg tanpa kita duga...

sahabat aku ni,dia tb2 xde mood bl aku msj dia...
upe2nye,kwn dia td xjd ikut blk dgn dia lak....
huh...
pe lg sahabat aku ni,kecik hati+sedih+marah la kot..
aku teka je...

dia ckp like this r lebih kurang,
"kwn mase susah,pyh nak jpe...br aku tau ape yg org len penah ase.."
perghhh..ase bersalah yg amat...bkn aku xnk teman...
jd,aku menawarkan skali lg tok temankan dia blk kg...
bkn sbb terpaksa,tp ikhlas dr hati aku...
sbb aku tau knp dia nk blk sgt mgu ni...
its ok tok teman dia even kije mmg ade sket byk...
tambah nak rehat2kan minda,tido puas2...hehehe..

pd sahabat aku tu,aku nak kau tau,xsume org mcm tu..
aku sentiasa ade,xkira ko susah ataupon senang...
kerana aku penah berada ditempat ko...
walaupon pd akhirnya aku xikut ko blk kg....
heheee...sorry weh..
bkn xnak teman,tp sbb dah ade org temankan ko,
lega sket hati aku ni..xdela risau ko xdpt blk umah...
;)

wahai sahabat2 aku diluar sana....
kesimpulannya pd ape yg aku cter ni...
jgnlah skali2 kamu abaikan sahabat kamu...
jdlah sahabat xkira mase suka,susah,senang,sedih,sakit....
jgnlah kite tlalu pentingkan diri kite sendiri..
aku slalu ingin berikan yg terbaek pd sahabat2 ku..
tp sekiranya ade kekurangan,aku mintak maaf byk2...
semoga persahabatan yg terjalin,kekal selamanya...
insya'allah...



Friday, July 16, 2010

Istikharah Petunjuk Arah...


Assalamualaikum.....

Artikel bermula disini....

“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”


Sepucuk emel dihantar kepada saya.

Beristighfar dan mengurut dada.

Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.

Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.

Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?

MEMBELAKANGKAN ILMU


Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?

Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.

Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:

“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.

Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam :

Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu
(yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).


Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah”
[Al-Aa'raaf 7: 30]


KESIMPULAN

1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan.
Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.

2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan
kepada Istikharah.

3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk
melihat buruk baiknya.

4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat
Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh
dipercayai kewibawaannya.

8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka
kepada belitan Iblis.

10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih,
tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.

13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup
keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.

14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

*Artikel asal bertajuk "Fitnah Petunjuk Istikharah" dari www.saifulislam.com

Sunday, July 11, 2010

Secubit GARAM Secebis RASA...

assalamualaikum...

melihat tajuk entry aku kali ni,sure lah nak wat luahan sket byk...
actually,its normal kot bl kita dikritik...atau kata laen xsependapat...
mgkn btul ckp kwn aku,aku ni tlalu hot tempered...xdpt kwl rasa marah aku...
dia ckp,silent is good...

yea...aku kene akui,berdiam diri itu lebih bagus....
tp kdg2,ianya perlu diluahkan agar "kwn" td tau...
xsume org suke dikritik,kdg2 ianya bgus,kdg2 ianya blh putus saudara...
mgkn disini,silent is good...

atau pon mgkn kita blh kritik dgn cara yg betul...personally maybe...
stp org pasti boleh tima segala2nya if kene caranya...
kene masanya...sbb kalo wrong time,cr nahas je ah...
huhuhu....

yea...aku suke menulis...tulis ape je yg aku suke....
selagi ianya xlanggar undang2,kita sume ade hak nak tulis...
ade hak utk bersuara,ade hak utk luahkan ape yg kita rase....
itu bg aku lah...bg org lain,aku xtau...

bl bercakap pasal hobi,minat,kesukaan,favorite...
i think benda ni subjektif kot...susah nak describe...
mksd aku,knp minat...???knp suka???knp itu???knp ini???
hmm...aku sendiri pon xtau sbb pe aku minat...
huhuhuhuhu....;P

mgkn disaat ini yg aku boleh bgtau,
aku suke sbb itu yg buat aku rase hepi,sedih,mrh,suka....;)
hope ko boleh fhm...kdg2 manusia berusaha utk jd yg terbaek...
tp kita hanya mampu merancang,tetapi ALLAH s.w.t yg menentukannya...


Tuesday, July 6, 2010

K.I.T.A

salam...
actually aku tgh lyn cter ni...hehehe..aku suke sgt cter...
satu lg drama mengenai persahabatan..dulu aku xlyn drama ni..
adik aku yg layan cter ni...so,aku pon join lah tgk last episod cter ni mgu lps..
wahhhhhhhh...

gler best..cter nye start bl Tina nk kawen ngan William....
so,dia suh sume kwn2 dia blk mase dia nk kawen...
dlm nak tgu Tina kawen ni,adela flashback tentang dowg 4org...
dr zaman sekolah smpai lah dowg masuk Universiti dan keje...

drama ni,kat ASTRO...so,sp yg xde astro leh r tgk kat
www.dramamelayu.com...
kat sini,ade episod penuh cter ni...
layan jgn xlyn...tgk sampai hbs,confirm xnyesal...
bg aku la..hehehehee..


ni lak lagu tema cter ni...
lagu dia pon best...tang chorus..sedap..;))
jom dongar..hehehe



Kita telah bersama
Warnai dunia
Ketawa dan duka
Seiring bersama
Waktu yang bergulir
Memisahkan kita
Tapi hati kita
Tak akan berpisah

Satu cita-cita
Mimpi dan harapan
Selalu bersama
Dalam satu rasa
Rindukan selalu membayangi kita
Menjalani waktu
Dengan kisah kita

Chorus
Bebaskan harimu dengan cintaku
Ekspreksikan dirimu dengan laguku
Satukan mimpimu dgn mimpiku
Ini kisah kita

Ulang Chorus

Kita telah bersama
Warnai dunia
Ketawa dan duka
Seiring bersama
Waktu yang bergulir
Memisahkan kita
Tapi hati kita
Tak akan berpisah

Ulang Chorus 4X





Scha – Kiera

Marsha - Ilma

Dawn Jeremiah – Tina

Wany Osmar – Alisa

K.I.T.A

Monday, July 5, 2010

Semester Baru....

salam semester baru...;)


semester julai - nov 2010 bermula pd hr ni bg pelajar uitm..
mcm tu la jgk dgn aku...hr ni 1st day masuk kelas...
siap dh start blajo...huhuu..

RF DESIGN...
td prof.dr.zaiki awang dh cter pjg lebor dh...
history subjek ni...dr 1st evolusi hingga la 3rd evolusi skang ni...
agak mengantuk r kat kelas td...hehehe..
tp prof cter penuh dgn semangat...
selalu bharap student dia akan bukak company RF one day nnt...
itu jela yg slu dia ckp..berharap sgt2 ade org malaysia mampu bukak
company design sendiri...

itu 1 pengharapan yg beso aku ase...
nmpknye aku bknlah org yg akn bukak company...
coz,aku xminat nk berniaga ni...
hehehe..

bg aku,biarlah hidup secara sederhana...
takot nnt kalo ade duit byk,lupa diri...
sedangkan xde duit pon boleh lupe diri,inikan kalo ade byk duit...
1 lg,takot xlarat nk jawab kat akhirat nnt..huhu..

oklah...
pada kwn2 sume,jgn lupo tgk bola yo..
hehehe...
kalo dh tgk bola,jgn lupo g kelas....;P


wassalam...

Sunday, July 4, 2010

They deserve to win...


assalamualaikum..

pe lg kalo bkn pasal bola....hehehe..
congrates to germany...
good team work...
aku ase tu la kunci kemenangan dowg...
main secara team...not individual...

hmm...
however,xsbr nk tgu spain lak lwn...
huhuhu...
tentulah aku nk tgk david villa...;)
aku ske dia sbb dia nye muka cam org melayu...
hehehe...
tp syg,musim dpn men tok barca..huh..
benci barca...benci messi...
hahahaha..


Viel lucK!!

Saturday, July 3, 2010

brazil out WC....

salam....

huh..br pas tgk match brazil vs belanda...
so, sad...ramalan tsasar...ingat final nnt brazil vs argentina...
ape daaa...nyampah aku belanda menang..
actually aku xsuke player2 belanda...
terutama yg beraksi tok kelab bayern munich...
sgt2 benci...huh..
mlm plg aku menyampah robben ngan van bommel...

aku xske sbnrnye player bayern ngan german...
kecuali mesut ozil..;))
yg ni maybe ade special sket kot..hahaha..
aku xsuke org german..xtaula knp...
^_^

blk pd cter aku td...
patutnye van bommel pon leh kene kad merah..
wat salah byk kali...
huh..geram aku...


p/s:: aku sokong sume kalah...aku nak sokong german supaya kalah..hahahaha

Followers

Tukar LinK