Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF : Final 2

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi...akhirnya setelah 14 thn penantian, skuad bola sepak Malaysia berjaya membawa pulang Piala Suzuki atau dulu lebih dikenali sbg Piala Tiger...

Berbekalkan 3 gol tanpa balas yg dijaringkan semasa Final 1 di bukit jalil, Malaysia meneruskan aksi mereka pd pentas Final 2 di jakarta...perlawanan timbal balik di stadium gelora bong karno menyaksikan Malaysia kalah 1-2 kpd Indonesia...walau bagaimana pun, Malaysia menang secara agregat 4-2...

Rentak permainan Malaysia agak berlainan jika dibandingkan dibukit jalil tempoh hari...mungkin ini adalah taktikal yg dirancang oleh jurulatih K.Rajagobal...kehilangan 2 tonggak mungkin juga punca kepincangan dibarisan pertahanan kita hingga menyebabkan kekalahan lewat mlm td...Kekalahan itu tidak dpt menafikan kemenangan skuad bola sepak kita yg dahagakan kejuaraan dlm tempoh 14 tahun...sekalung Tahniah di ucapkan kpd skuad muda kebangsaan kita....

Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF edisi 2010...



Inilah barisan pemain muda kita..


Tahniah juga kpd Safee Sali kerana memenangi anugerah top scorer...dan juga Khairul Fahmi Che Mat,keeper negara...mlm td menyaksikan beliau adalah individu paling dikehendaki di laman sesawang dan juga anak2 gadis...hehehe..

Kemenangan skuad bola sepak kita meraih banyak perhatian termasuk dr player Manchester United,Rio Ferdinand...ucapan tahniah beliau melalui Twitter beliau....




Tahniah Malaysia!!!


Satu peringatan!!!

Jangan mudah lupa diri....
kejayaan mudah diraih,nk kekalkan amat payah...
semoga sentiasa berjaya dimasa hadapan...


2010 tahun gemilang utk sukan tanahair...

Piala Suzuki penutup kalendar sukan 2010..

Majulah Sukan Untuk Malaysia!!!!



p/s:: man united still di takhta liga....tanpa kekalahan...all the best...


esok cuti umum...

Assalamualaikum w.b.t

Piala AFF Suzuki: PM isytihar cuti umum Jumaat ini


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010.


Wednesday, December 29, 2010

Lirik lagu


SEPI


Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari

Mentari pagi
Bawakan embun sejukkan hati
Aku di sini menatap engkau menangis sepi

Oh sepi sepiku
Janganlah bersedih hati

Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari

Oh sepi sepiku
Janganlah bersedih hati

Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari


SIXTH SENSE

Monday, December 27, 2010

Piala Suzuki AFF:: Final 1


Assalamualaikum w.b.t


actually nk update mlm td after hbs je match bola tu...
tp memandangkan aku sgt letih kerna br shj sampai dr kg pd jam 8mlm...
maka,aku hanya mau tido...hehehehe...


Safee Sali menjaringkan 2 gol dlm match mlm td...

Harimau Malaya membaham si garuda....wahhhhhhhh...
memang mengagumkan apabila melihat aksi anak2 buah K.Rajagobal menentang Indonesia malam td...sayangnya xdpt berada kat stadium....actually,kat umah pon dh cukup meriah dh...hehee....

isu laser yg dibangkit sejak awal sblm hari perlawanan lagi akhirnya memakan diri sendiri...isu ini bkn shj berlaku dimalaysia malahan diluar negara pun ada berlaku menurut kata wartawan2 sukan yg lain...jadi,usahlah kita salahkan penyokong kita,mane lah tau kot2 yg buat dajal tu penyokong pihak lawan...kita xtau,kita xberada disana....walau apa2 pun,TAHNIAH MALAYSIA!!!

okeh...i hope mereka semua mampu pertahankan kelebihan 3 gol yg dimiliki dan terus berjuang hingga ke saat akhir demi negara dan penyokong...;))

GOOD LUCK GUYS!!!!



p/s:: my 5th anak buah,coming soon next year...;) congrates abg ngan k.yati...^^

Thursday, December 23, 2010

coret2 goreng pisang...

Assalamualaikum w.b.t

salam kwn2....;)
tgk tajuk entri mcm gempak je...
goreng pisang...nak goreng pisang mende nye kat opis ni...huhuhu..
tajuk entri xde kene mengena pon dgn ape nak dicoretkan ini...
sekadar hiasan dipetang hari....

bolak balik dak dila ni...tulih yola apo yg nak ditulih an...
jgn ngapu ngaban suda...hehehehehe...

esok,lect visit nk dtg melawat kami disini...(praktikal)
actually,br masuk mggu ke-6...lect suda dtg menilai....
ape mau kata,ikut saja kata...hehehe...
hope semuanya berjalan dgn smooth...(speaking sket)...

dlm aroung kol 4ptg td,agak pns sket bl bce psl perkara 153...
aku rase korang pon tahu psl benda alah ni...isu sensitip...xleh sebut...
xpsl2 kene tangkap kang...belajarlah dr sejarah yg lalu,agar xdi ulangi dimasa hadapan...
sejarah bkn untuk dikenang,tp hendaklah di amik tau jdkan pengajaran dlm masa akan dtg....
bl kita lupe,buta,xtau pape tentang sejarah,jgnlah kita berbicara mengenainya....
aku ingat kat diri aku jg...sbb kdg2 aku lupe gak...;P

so,moral of the story ptg2 ni,ape yg baik jdkan teladan,yg mane xbaik,jdkan sempadan...
hidup bermasyarakat,amalkan hormat-menghormati,dan senyum selalu...;)))

sampai disini dahulu...
semoga berjumpa lagi....

Sunday, December 19, 2010

lirik lagu....;)

Assalamualaikum w.b.t


mari kita lihat liriknya terlebih dahulu...
then,cuba teka tajuk lagu lirik ini...hehehe...



Kepadamu kucurahkan
Kepadamu kubuktikan
Segala yang kujanjikan
Dari Dulu dan Selamanya..

Biar Musim pun Berganti
Namun Aku Kan Kembali
Kepadamu Disisi
Bersama Lagi Hanya Kau Kusayangi..

Biar..Hari Berganti dan Pergi
Kerana..Kutahu Kau Kasihku

Hari Ini Kukembali
Dalam Alunan Mesra Sinar Pagi
Kugenggam Erat Tanganmu Kubawa Bersama
Ke Alam Realiti dan Fantasi...



selamat mencuba.....;)


lagu ni dari sebuah filem melayu tahun 1997...
wahhhh....lama giler kan....dulu aku tgk mmg best la kan...
tp bl zaman daah maju sket,rasa klaka lak cter ni....
anyway,aku tetap suke dgn cter ni...




p/s:: salji teruk...match epl kene tunda..huh

Tuesday, December 14, 2010

coretan di petang hari....

Assalamualaikum w.b.t



Salam buat pembaca yang setia....;) sekadar coretan dikala kebosanan melanda diri....
sudah 2 hari xkuar g site...atas alasan site xbyk..maka,masa byk dihabiskan dipejabat yg sejuk lg indah permai ini...hahahahaha...

kawan2,jgn membuang masa seperti saya...saya mmg pemalas banyak...;P
al-maklumlah....saya anak bongsu perempuan....hehehe...(alasan utk jd malas)
amaran!!! JANGAN TIRU MACAM SAYA....XD

apela yg aku mengarut ni...xde benda nak dicoretkan benornye...men taram je ni...kang dah bosan + penat,dengan sendirinya jari2 aku berhenti menari2 sambil terkedek2 kat atas papan kekunci yg xbape nak indah ni haaa....hehehehehe....sambil berchatting dengan sahabat aku yg tibo2 jo menghilangkan diri...kojap ado,kojap hilang...mcm biskut...;P

aircond kek opis ni,sojok nak mampuih...boku den ni haaa...lomah segalo sondi mondi den...hehehe...menantikan saat2 manis lg indah yakni bilo jarum jam menunjukkan ke arah jam onam potang (6.00pm) maka,boleh lah den blk ghumah...huhuhu...

cepatlah pulang..cepatlah pulang....
hmmmmmmmmmmmmm...

sampai disini dulu ya tuan hamba sekalian....
xlarat nak taip doh..lenguh...huhuhu..

sekiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....
jumpa lg....;)




p/s:: tahniah kpd kwn2 yg berkahwen dan bertunang....;))




Sunday, December 5, 2010

kata-kata...


Assalamualaikum w.b.t



You don't have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous. Be an imam in prayers. That's how I define gorgeous. You don't have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al Quranul kareem. That's how i would melt. You don't have to be rich for me to love you. Please have a kind heart. That's more than enough for me and my parents too. Nobody's perfect. You are nobody. So you are more than perfect for me :)



p/s:: amik dr blog member...hehehe..

Friday, December 3, 2010

coretan hidup,pengalaman selama berlatihan industri..

Assalamualaikum w.b.t


salam buat kawan2 yg mgkn setia menanti aku...hehehe...
maaf kerana dah lama xbuat entri...al-maklum lah...
buat2 kesibukan dan kemalasan...

actually,dah masuk 3 mggu aku berlatihan industri...
aku buat latihan industri kat R&A Telecommunication Sdn. Bhd..
itu main office dia,sbenornye aku kije kat Multiwireles sdn. Bhd..
anak syarikat company R&A...kalo nak tau lebih lanjut sila layari website ini.

dalam mase 3 mggu ni byklah yg aku dpt belajar...
terutama mengenai 3G...--MAXIS--HUAWEI--
company aku ni wat drive test work for Maxis network with Huawei technology..
kira kami ni RF engineer a.k.a drive test engineer...
RF yg dimaksudkan xde kene mengena lgsg ngan RF yg kwn2 aku blaja tu...
actually xnak xentuh bab tu,sbb bl korang dh kije nnt,korang fhm2 lah ye...
hehehe...

kalau tanya kat aku,sure lah aku hepi je wat L.I kat company ni...;)
belajar benda yg related dgn course yg aku amik..so,br nmpk theory yg blaja kat kelas...
semua staff,ramah2 and best...walaupon ade mr.jae sun yg ditakuti mereka...hehehe...
x-uitm pon ade kije kat sini..so,mmg dorang la plg byk ajar kat kami semua....
so far so good in practical training at here...;)

aku ase cukuplah kot sampai disini dahulu penceritaan mengenai practical..
aku sertakan sekeping gambar sebagai penutup kalam....
semoga kita bersua lg....(idea hilang actually)


ni la sebahagian drpd kerja aku...




sekian.....
wassalam....

cerita tentang guru...

Guru – Antara gaji dan daie...


diambil daripada website IM Asyraf..(link)

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya tugas guru adalah sebaik-baik daie yang ada di muka bumi. Bayangkan, dalam berebut-rebut para pencari mad’u berebut membanyakkan ahli, tetapi sang guru hanya menunggu para mad’unya. Jelas kemudahan yang ada pada guru untuk menyampaikan dakwah mereka kepada anak murid.

Sebenarnya ini bukanlah suatu kebetulan. Tapi ia adalah anugerah dan pilihan Allah kepada guru-guru. Ditegaskan sekali lagi bahawa guru adalah pilihan Allah SWt, maka taburlah benih di atas tanah-tanah yang telah dihadiahkan Allah SWT.

Walaupun ada sebahagian guru yang merintih mengatakan “Anak murid nih dah tak boleh dididik lagi. Semuanya degil-degil!”

Rintihan ini adalah sebahagian rintihan daripada seorang yang berputus asa. Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani sendiri mengambil pengajaran dari pengamatannya terhadap setitis air yang mampu melekukkan batu yang keras sekiranya ianya dilakukan secara istiqamah berkali-kali.

Ya…memang ada bukti menunjukkan bahawa ada segelintir manusia yang sampai bila pun tidak akan menerima sebarang perubahan kepada kebaikan. Ini berdasarkan dalil dari Surah Yaasin ayat ke-10,

(maksudnya): “Sama sahaja bagi mereka, samada engkau memberi peringatan kepada mereka atau engkau tidak memberi peringatan, nescaya mereka tetap juga tidak beriman”.

Dalil di atas menceritakan bahawa memang terdapat di antara segelintir pelajar yang memang tidak boleh diubah walau sebanyak manapun teguran yang diberikan. Tapi, dalam ayat yang sama ia menceritakan sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak sedari.

Berkata Maulana Saad. Amir Sab jemaah Tabligh sedunia di dalam program Ijtimak Dakwah Sedunia di Nilai pada tahun lepas,

Allah menggunakan perkataan ‘Alaihim’ ( bagi mereka ) dan bukannya menggunakan perkataan ‘Alaika’ ( bagi kamu ). Ini bermaksud, ayat ini hanya memberi tahu berkenaan orang yang didakwah atau dipanggil madú. Allah tidak menggunakan kalimah ‘alaika kerana para dai’e yang berdakwah tidak sama sekali sama tarafnya jika ia memberi peringatan atau tidak beri peringatan.

Sekiranya para daie memberi peringatan, maka Allah akan membalas usahanya dengan berlipat kali ganda ganjran walaupun orang yang didakwahnya tidak berubah walaupun selangkah. Ini menunjukkan kerja para dai’e bukanlah mewajibkan datangnya hasil.


Ingat! Bukanlah syarat atau maksud dalam berdakwah itu adalah “penerimaan”.

Berdakwahlah walaupun tidak diterima.

Itulah jalan-jalan yang telah ditempuh oleh sekelian para Rasul dan sahabat-sahabat Nabi SAW.

Semoga guru-guru Muslim dimuka bumi ini dapat mengimbangi antara gaji dan usaha sebagai dai’e. Wallahua’lam.


Followers

Tukar LinK