Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF : Final 2

Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi...akhirnya setelah 14 thn penantian, skuad bola sepak Malaysia berjaya membawa pulang Piala Suzuki atau dulu lebih dikenali sbg Piala Tiger...

Berbekalkan 3 gol tanpa balas yg dijaringkan semasa Final 1 di bukit jalil, Malaysia meneruskan aksi mereka pd pentas Final 2 di jakarta...perlawanan timbal balik di stadium gelora bong karno menyaksikan Malaysia kalah 1-2 kpd Indonesia...walau bagaimana pun, Malaysia menang secara agregat 4-2...

Rentak permainan Malaysia agak berlainan jika dibandingkan dibukit jalil tempoh hari...mungkin ini adalah taktikal yg dirancang oleh jurulatih K.Rajagobal...kehilangan 2 tonggak mungkin juga punca kepincangan dibarisan pertahanan kita hingga menyebabkan kekalahan lewat mlm td...Kekalahan itu tidak dpt menafikan kemenangan skuad bola sepak kita yg dahagakan kejuaraan dlm tempoh 14 tahun...sekalung Tahniah di ucapkan kpd skuad muda kebangsaan kita....

Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF edisi 2010...



Inilah barisan pemain muda kita..


Tahniah juga kpd Safee Sali kerana memenangi anugerah top scorer...dan juga Khairul Fahmi Che Mat,keeper negara...mlm td menyaksikan beliau adalah individu paling dikehendaki di laman sesawang dan juga anak2 gadis...hehehe..

Kemenangan skuad bola sepak kita meraih banyak perhatian termasuk dr player Manchester United,Rio Ferdinand...ucapan tahniah beliau melalui Twitter beliau....




Tahniah Malaysia!!!


Satu peringatan!!!

Jangan mudah lupa diri....
kejayaan mudah diraih,nk kekalkan amat payah...
semoga sentiasa berjaya dimasa hadapan...


2010 tahun gemilang utk sukan tanahair...

Piala Suzuki penutup kalendar sukan 2010..

Majulah Sukan Untuk Malaysia!!!!



p/s:: man united still di takhta liga....tanpa kekalahan...all the best...


No comments:

Followers

Tukar LinK