Monday, August 30, 2010

setahun berlalu...

assalamualaikum...

sbnrnye aku nak update my story but tiba2 terpandang 1 tarikh..
26/8/2009....
1st entri aku tok blog ni...
hehehe...

setahun dh aku bertahan dgn mcm2 entri...
ade yg ok,ade yg xok...mcm2 la ade...
but something yg aku pelajari adalah kebebasan dlm menulis..
tulis lah ape sj yg anda suke...xde sape yg kisah...
suke bace,xuke jgn bace...;)

actually mlm ni adalah mlm nk menyambut kemerdekaan yg ke 53thn..
aku xdpt nak join kat stadium uitm...
pnt daa..br blk kelas data comm...huhu..
tp xpe,dr.khairul yg plg best....hahaha...

k la...
aku nak sambung my story....
salam...

Wednesday, August 25, 2010

Kisah Mustafa Kamal Artartuk

Assalamualaikum w.b.t

Pengajaran Dari Kisah Mustafa Kamal Atartuk

Buat renungan bersama-bersama ini disertakan teladan dari kisah hidup Mustafa Kamal Attartuk yang disohorkan sebagai bapa Turki Moden, tetapi sebaliknya dia adalah pemusnah agama. Kisahnya masih lagi segar dan banyak persamaan dengan apa yang berlaku sekarang

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

...................................................................................................................................................


Pengajaran Dari Kisah Mustafa Kamal Atartuk

Buat renungan bersama-bersama ini disertakan teladan dari kisah hidup Mustafa Kamal Attartuk yang disohorkan sebagai bapa Turki Moden, tetapi sebaliknya dia adalah pemusnah agama. Kisahnya masih lagi segar dan banyak persamaan dengan apa yang berlaku sekarang

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki


7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal tartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagitak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Samalah kita bermuhasah sebagai panduan untuk diri kita dan fenomena persekitaran yang berlaku sekarang.Moga-moga kebaikan pengajarannya kita dapat ambil dan kongsi bersama.

Wassalam...

p/s:: diambil dr blog ustaz azhar idrus...

Monday, August 23, 2010

terawih terakhir...

assalamualaikum w.b.t

entry aku kali ni,nak gtau mlm td adalah terawih terakhir kami dipusat sukan...
selepas ini semua kene bertarawih di pusat islam yg telah rasminya dibuka dan digunakan pd jumaat lepas...

so,mlm td,seolah2 mcm tarawih yg terakhir bg kami semua...hehehe..
selamat bertarawih di kolej mawar..huhuhu...
jauh no nak g pusat islam...;)

Wednesday, August 18, 2010

perkara paling berani dalam hidup aku...

assalamualaikum w.b.t

salam kwn2 ku yg mengikuti blog aku...hehehe..
hari ni 1st time dlm hidup aku,aku jd berani...
berani menayangkan hasil tulisan aku yg xseberapa nak ade tuh..
hehehe...

actually,aku tayangkan sbb nk tau komen dr korang semua...
ok ke x...pendek sgt ke...xbgus ke ayat aku...
dan aku wat mcmni,sbb aku nak aku jd rajin siapkan karya aku...
;D

silalah ke link ni utk membaca dan mengkritik...
KARYA HIDUP AKU

wassalam...

Tuesday, August 17, 2010

Something to share...

assalamualaikum w.b.t.

tajuk entry kali ni mengatakan something to share...
nak share gapo tuh,dok ahu r nok goyak gane...
maen bantai je aku ckp..hahaha..maaf ye org2 kg...;)

actually,lama dh nak update,tp xterdaya nak taip...
erm...byk cter nak kabo tp dok ahu gane...
bermula dgn kesibukan aku sbg org menguruskan
site visit ke stesen satelit bumi kuantan...(5-6 ogos)
perghhh..byk dugaan sblm sampai atau lebeh sng ckp sblm gerak..
sampai nek hot tempered aku...seb bek ade yg menegur...
thanks bro..kurang sket rase mrh aku ptg tuh...
kalo x,mmg dh kene maki hamun dh driver bas tu...
pyh nak ckp...adela mslh sket ngan bas yg kitorang nek ni...
sampaikan aku yg cr dorang pg2 sblm g stesen satelit...
bayangkan la,leh lak aku ngan k.jaz tumpang lori indon,g cr bas...
huh...besar tul tggungjawab bl kita nak segalanya berjalan mengikut
tentatif prgrm kita...dgn kerenah kwn2 lg...sorry k kalo aku de nek angin...
hope korang fhm..kita kene ikut tentatif..xleh lari..nnt org ckp kita
xtepati ape yg kita janji...ckp nk dtg jam ni,tp lmbt lak..
aku xnak jd janji melayu...aku bkn org mcm tu...so,now
sume bz wat report satelit,dan aku,xsiap2 lg..report tok fakulti ngan bendahari...


berhenti kat situ...then,i think xlmbt lg kot...
SALAM RAMADHAN BUAT ANDA SEMUA
hr ni alhamdulillah,sudah 6 hr kita berpuasa...
menjalani ibadah puasa dgn penuh kesabaran dan keimanan...
aku br je pas blk kg ni...berpuasa dan berbuka bersama family..
mmg bestlah kan kalo kat umah...hehehe..nk mkn pe,ckp je...;P


pejam celik pejam celik,dah masuk mggu test...
byk test yg menanti...huhu..so,kene kurangkan facebook...
ym or others...tp bl ckp psl tenet,xleh tggl..sbb sume guna tenet...
nak xnak kene gak berinternet..hehehe....
GUDLUCK!! kwn2 ku..slmt menghadapi peperiksaan..
setelah puas berpoya2,tb mase utk serius lak...

lupakan psl test...cter benda len lak...
apo cter eh,aku pon xtau...den dh mulo nak ngarut2 ni..
hehehehe...apo pon den nak koba an,jgn lupo jago kesihatan..
jgn jd cam den...sampai bongkak 1 bdn kene allergic..huhuhu..
makin menjadi2 allergic den..so,dlm bln pose ni,kurang2kan mkn..
tambah2kanlah amalan kita...insya'allah...
mudah-mudahan kita semua diberkati...;)


wassalam..



Monday, August 2, 2010

Segalanya termuntah disini...

Assalamualaikum....
melihat tajuk entri aku kali ni sure lah nak gtau somethings..
pe ek aku nak gtau..hehe..
juz nak gtau,kat blog aku ni la segalanya termuntah..
bkn muntah nasi ke,air ke...bkn2..
tp termuntahnya segala luahan hati,cerita,dan pengalaman...
kebanyakan yg berlaku pd diri aku,aku muntahkan kat blog ni...
dan begitu jugak dgn entri kali ni...
ape yg aku nak muntahkan,ish xbest la plak guna perkataan ni...
aku tuka la jd luahkan...huhuhu..br lembut sket bunyinye..;)
mggu lepas mmg mggu yg sgt terEMOSI lebeh...
aku mintak maaflah kalau ade yg terkasar bahasa...
al-maklumlah...bl org tgh tension...mcm2 leh terkeluar dr mulut..
keje xmenang tgn..tp kini alhamdulillah...
segalanya berjalan dgn lancar...meskipun ade byk cabaran onak durinya..
mggu lepas gak,aku buat keputusan drop sbjk yg mmg aku minat sgt nak amik...tp tu la..aku sorang student yg punye limited masa...aku ade komitmen yg len selain dr blaja..aku tau,sepatutnya tugas aku hanya lah blaja...tp tu la..xtau nak ckp mcm mana...kite kene manage time dgn betul..dan aku dah fikir semasak2nya,aku mmg perlukan masa yg lebeh...so,aku perlu dropkan sbjk tu...walaupun berat,tp bl dh drop,beban tugas rasa ringan..boleh berbakti utk org lain dgn bangga dan jayanya...;))
harap2 selepas ini,tiada lg gangguan utk berkhidmat dgn org lain...
xdelah rase tension...sbb aku nak rangka 1 kerja yg sistematik sket..
nak bg dorang rase mcm mane nk berurusan dgn org atasan..
aku nak semua tugas itu kpd mereka...bkn lah aku xnak wat kije...
tp ini semua utk kebaikan mereka...pengalaman yg akan mereka perolehi..
cara berurusan utk kertas kerja di kampus shah alam sgt berbeza dgn kampus cawangan...
korang kene tahu tu..thats why,if ade kursus pengurusan dan organisasi (KPO) sila amik bahagian...sbb sem lepas k.jaz cr ramai org tp xde sape nak join...rugi gler...maybe time tu xsilap waktu cuti kot...
hari tu adela aku gtau caranya kat Mawi...bdk kelas aku mase kat dungun dulu..
dia wat kertas kerja utk bdk2 power...kat sini ade byk prosedur yg perlu kita ikut sebelum,semasa dan selepas kertas kerja diluluskan...hatta kita nak wat program yg simple je...so,try la korang kutip pengalaman yg ada ni...aku xnak lah aku je yg merasa,nak gak korang rase..nnt nak kerja,korang tahu camne nak wat surat rasmi...sbb surat rasmi yg kita blaja kat sekolah tu xsama ngan surat rasmi kat sini..maybe bkn kat sini je,tp semua tmpt kot..kalau korang bdk sekolah,anta ikut format sekolah,xde sape yg kisah sbb korang bdk sekolah..tp bl dah masuk IPTA,korang kene tahu formatnye len sket je...xdela beza sgt tahap melampau lak..hehehe..so,better korang blaja la...
oklah..sampai kat sini dulu aku luahkan...
hope,korang jgnlah xamik kisah k...
sbb aku tau,ade sesetengah org suke xamik kisah bab2 ni...
selalu aggap,ah xpela..apela sgt...sok aku jd engineer..xpyh wat benda2 alah ni...
its up to u...sape yg rase nak blaja,blaja lah..
seperti yg tersebut didalam sebuah hadis...
Dari Anas r.a :: Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China,kerana menuntut ilmu wajib atas setiap org Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa dengan apa yang mereka tuntut."
hadis riwayat Al-Bara...
wassalam...

Followers

Tukar LinK