Saturday, January 22, 2011

tiket free...;)

Assalamualaikum w.b.t


juz short entri....
harap semua kawan2 sihat selalu....
maaf sbb dh lama xupdate....tenet xde....;P

actually dpt 2 tiket free....
cter green hornet...in 3D...
xtau nk g ngan sape...hehee..
kwn2 sume bz belako weh....


orite...
sampai disini shj...
akan dtg,update for broga hill...;)

Tuesday, January 11, 2011

Kolej kediaman...

Assalamualaikum w.b.t



Entri kali ini adalah berkisarkan kolej kediaman....

cerita bermula bila aku tidak dpt kolej pd semester ini....so,kene wat rayuan....
bermulalah ranjau dalam kehidupan aku dan kwn2 yg lain dlm membuat rayuan....

dalam kes wat rayuan memang kadang kalanya mengundang rasa kelakar...
ape yg kelakar adalah pabila kawan2 ku sibuk mencari org supaya tolong dftrkan utk dorang...memandangkan ade segenlintir dr kami ni sedang berpraktikal....
alhamdulillah,akhirnya semua mendapat kolej termasuk aku...;)

ucapan terima kasih kepada Tn.Hj. Hasnor Mohd Jan,pengurus asrama kanan,
layanan encik xubah seperti seorang ayah kpd anaknya...TQVM...;)
aku harap pengurus2 asrama yg lain mencontohi kredibiliti beliau sbg seorang pengurus asrama yg bagus dalam memberi perkhidmatan...aku puji beliau bkn sbb beliau telah beri aku kolej,tapi sbb layanan beliau kpd org yg sedang memohon pertolongan...sapa yg penah dok kolej dorang tahu lah mcm mane perkhidmatan yg diberi...

tidak lupa jugak kpd kawan2 aku yg telah turut berusaha menolong aku....
kak shalmi aida,kak jaz,kak sariyus,shuhaida dan juga yun(tlg aku pindah brg)..hehe
....thanks so much sbb tolong aku....
maaf jika byk menyusahkan diri anda semua...

semoga berjumpa lagi....

Monday, January 10, 2011

"Ubah cara hidup anda (lifestyle)"

Assalamualaikum w.b.t


Salam kepada anda semua....

Maaf dipinta sekiranya isu2 yg dibangkitkan di blog ini mahupun di saluran fesbuking saya mengganggu diri anda...al-maklumlah suke cari publisiti murahan...hehehehe...apa yang saya nak kongsikan disini adalah cara2 yg anda boleh lakukan untuk mengurangkan bebanan hidup anda...


Part A (Kenderaan)

1) Yg Macho naik keta CC besar boleh tukar ke keta cc kecil (kancil etc)
2) Yg naik kancil tu leh tukar ke naik motor
3) Yg naik moto tu boleh tukar ke naik beskal
4) Yg naik beskal tu boleh tukar ke jalan kaki
5) Yg jalan kaki tu boleh tukar ke tumpang orang (jiran - kawan)
6) Yg asyik tumpang orang tu kalau tak tahan malu boleh beli keta. Lagi besar CC lagik macho. Sila rujuk nombor 1


Part B (Elektrik)

1) Jgn bayar bil anda.. biar diorang potong.. so tak payah la bayar lagi lepas tu.
2) Jual je semua barang elektrik anda (TV, radio, dvd player etc). Tak de peluang dan alasan utk anda nak pakai elektrik.
3) Pakai lilin atau unggun api untuk menerangi malam anda. Ini adalah bagus untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan terutama suami isteri hehehe...
4) Kalau perlukan lampu juga anda boleh gunakan lampu beskal anda. Apa lagi mau lampu kayuh dan onkan dynamo beskal tuh. Kalau anda bijak mungkin anda boleh suruh hamster anda berlari mengelilingi roda yg dilengkapi dynamo. Tidak pasti pula kalau hamster anda pandai mengayuh beskal.
5) Buat aktiviti malam (bukan yg sulit2) anda di tempat awam. Tempat ni lampu dia terang macam lampu stadium. Sebagai contoh anda nak lipat kain di waktu malam. Bawak je bundut kain anda ke Dataran Masjid Putrajaya dan lipat di situ. (Utk orang putrajaya je la)
6) Handphone anda kehabisan bateri? Jgn risau ..recharge je hp atau barang2 elektrik anda kat ofis atau di tempat2 awam yg ada soket elektrik (hospital, balai raya, Pejabat YB) haha kerajaan akan tolong bayarkan bil elektrik untuk anda (Utk Anual nie). Hehe bijak bukan?
7) Nak tengok TV? tgk je kat rumah jiran atau restoran/warung yg berdekatan. Tapi order la air suam atau teh O utk cover macho anda.


Part C (Makanan)

1) Tanam tanaman yg boleh dimakan disekeliling rumah anda. *Nota - tanam orang mati tidak akan membuahkan hasil maksima.
2) Gunakan dapur kayu api atau dapur minyak tanah untuk memasak. Makan mentah pun ok gak kalau lalu.
3) Kalau selalu makan beras siam tu cuba try ubi kayu plak. Ni tanam sekeliling rumah la.
4) Schedule appointment meeting di pejabat anda. Includekan makan2 atau jamuan. Tak de jamuan jgn pergi..
5) Malam jumaat jgn lupa baca yasin kat msjid/surau. Kalau ada tahlil atau doa selamat mesti ada paling koman nasik lemak bungkus atau pisang.
6) Kalau VIP / YB kawasan anda buat open house, jgn lupa bawak tupperware atau mangkuk tingkat dan tapau sebanyak mungkin. Secara tidak langsung akan tersampailah mesej "rakyat berjimat cermat dan ubah cara hidup" kepada VIP /YB anda.
7) Makan je nasik lemak RM1 setiap hari. Kalau satu hari pagi, tghhari dgn malam baru RM3. Kalau setahun 365 X 3 baru RM1095 Wuiii save gileerr... (PASTU GEMUK..HAHAHAHAAA)


ok,setakat ini je yang boleh saya kongsikan kepada anda semua...dan untuk makluman anda tips2 ni saya amik dari sini..sila klik..
kalau xblh klik sila gtau..;)

semoga berjumpa lagi....



p/s:: man u menang 1-0 lawan liverpool...;)

Saturday, January 8, 2011

Sesi Ilmiah


Posted by Imam Muda Asyraf (klik)


Mewajibkan ‘Forward’ Sms, Email dan Surat Berantai

Sudah terlalu kerap. Malah selayaknya dibuat satu amalan khas kepada budaya umat Islam untuk meng’forward’kan sms, email dan surat yang mempunyai elemen agama .

“Sila sebarkan SMS ini. Kalau tidak kamu akan ditimpa bencana dari Allah SWT.

“Jika anda mahukan kejayaan yang akan dikurniakan Allah SWT maka jangan tunggu lama-lama untuk forward kan email ini kepada 20 orang. Sudah pasti akan datang ganjaran tanpa anda duga”

Ayat-ayat sedemikian telah membuatkan kita berasa ragu-ragu untuk tidak melakukan apa yang diugut oleh orang yang menghantar sms dan email itu kepada kita. Malah kita kononnya beranggapan mungkin rezeki yang dikurniakan Allah SWT sepatutnya dilaburkan kepada usaha penyebaran maklumat agama ini. Apatah lagi email yang tidak mengurangkan walau sesen pun duit poket kita.

Ada juga surat berantai yang kadang diterima kononnya dari pemegang anak kunci makam Rasulullah SAW. Ada yang dinamakan dengan Syeikh Ahmad. Ada yang dinamakan dengan Syeikh Omar. Namun setelah ditanya kepada penduduk Madinah berkenaan orang ini maka mereka secara terus menerus menyangkal dakwaan ini. Penduduk Madinah sendiri tidak pernah mengenali nama orang tersebut. Ini merupakan satu pembohongan. Perkara ini juga telah dinyatakan secara khusus di dalam bab akidah oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam kitab Fatawa Muasarah beliau.

Perkara yang dipertikaikan adalah bagaimana mereka boleh membuat satu jaminan kebahagiaan (pahala) dan jaminan ‘bala’ atau bencana jika tidak menyebarkan petikan tersebut. Secara ringkasnya disini, saya simpulkan mengapa ianya berbahaya kepada agama dan perlu dikikis dari budaya remaja kita yang bergelumang dengan teknologi. Walaupun mereka ini bersemangat dalam beragama, namun semangat sama sekali tidak di’halal Jakim’kan sekiranya ia melanggar disiplin keilmuan Islam.

1 ) Menafikan Kesempurnaan dalam Agama Islam

Didalam surat berantai, Sms dakwah, email islamik yang mempunyai dakwaan dan amaran yang bukan berasal dari al-Quran dan as-Sunnah. Ini menggambarkan seolah-olah agama Islam itu belum sempurna dan memerlukan kesempurnaan lain dengan amaran dan dakwaan daripada manusia lain selepas kewafatan Nabi SAW. Didalam surah al-Maidah : 3 : Bermaksud :

Pada hari ini telah Aku sempurnakan kepada kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu ke atas kamu, dan Aku telah redha Islam itu sebagai agama kami”.

2 ) Mewajibkan dan mengharamkan sesuatu yang tidak datangnya dari al-Quran dan Sunnah.

Ini seolah-olah kita mewajibkan dan mengharamkan sesuatu yang tidak pernah disuruh di dalam agama. “Jika anda tidak menyebarkan maklumat ini maka anda akan mendapat musibah”.Siapakah kita dalam mewajibkan dan mengharamkan. Firman Allah di dalam Surah an-Nahl : 116 , bermaksud :

“ Dan janganlah kalian mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah kalian secara dusta, “Ini halal dan ini haram”, untuk mengadakan pembohongan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung.”

3 ) Adakah kita ‘sang pencipta’ syariat yang baru?

Sebahagian sms dan email yang menjadikan emailnya merupakan suatu ketentuan hukum. Malah boleh pula kita menetapkan bilangan tertentu untuk di’forward’. Sebagai contoh, “anda dikehendaki menyebarkan mesej ini kepada 20 orang yang anda kenali seminggu selepas anda mendapat maklumat ini”. Bukankah kita seolah-olah menjadikan diri kita ini seperti ‘sang pencipta’ syariat yang baru. Firman Allah SWT di dalam surah al-Syura : 21 yang bermaksud :

“Apakah mereka mempunyai sembahan selain Allah yang menetapkan aturan agama bagi mereka yang tidak diizinkan (diredhai) oleh Allah?”

4 ) Tidak mengenal pasti siapakah penyebar maklumat

Islam mementingkan persoalan maklumat yang disampaikan. Ia tidak menerima secara semberono siapa sahaja yang bercakap tanpa alasan yang jelas. Namun setiap dakwaan itu memerlukan hujjah dan dalil. Tambahan pula ianya berkait rapat dengan agama. Sebab itu Ahli Sunnah menjadikan ( al-Tathabbut) atau membuat kepastian dalam sesuatu fakta adalah asas dalam pengambilan sesuatu maklumat, atau menghukum orang lain. Tujuannya agar agama tidak ditokok tambahkan. Firman Allah SWT didalam surah al-Hujurat : 6 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa sesuatu berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum ( dengan perkara yang tidak diingini ) dengans ebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”

Disebabkan itu Ulama tabi’in Muhammad Ibn Sirin (w110) berkata : “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan al-Sunnah adalah din ( agama).Oleh itu perhatilah daripada siapa kamu mengambil agama kamu”.

Sebenarnya budaya ini bukanlah budaya yang baik bagi seorang yang bergelar ‘orang teknologi’. Orang yang berteknologi sepatutnya adalah merupakan orang yang paling mengetahui selok belok pembohongan dalam dunia internet. Namun sayangnya remaja yang bijak dengan dunia teknologi maklumat ini tumpas dan tewas apabila pembohongan itu datangnya dari email atau sms berbentuk agama. Kita takuti hasil sebaran kita kepada rakan yang lain menjebakkan diri kita keatas pendustaan kepada Rasulullah SAW.

Ingat!!!..bohong, tipu dan ‘awta’ member-member boleh dikira ok lagi. Namun berbeza bila kita berbohong atas nama Nabi SAW. Jelas dalam hadis mutawatir yang bermaksud :

“Sesungguhnya berdusta keatasku ( menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain ( menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta keatasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.

5 ) Asalkan berita agama sahaja kita sebarkan.

Nampak sahaja macam keratan agama kita sebarkan. Bukankah orang yang berkualiti adalah orang yang mempunyai ‘filter’ dalam setiap ceritanya. Kekadang semangat dan kesungguhan kita untuk berdakwah melalui medium teknologi sesuatu yang boleh dibanggakan. Dan inilah peluang kita berdakwah. Namun, harus diingat dakwah juga memerlukan disiplinnya. Imam Muslim dalam muqaddimah kitab Sahihnya menerangkan :

“ Cukuplah sesorang itu dikira berdusta dengan dia menceritakan setiap cerita yang ia dengari”.

Disebabkan itulah para ulama amat melarang menceritakan dan menyampaikan sesuatu maklumat tanpa menyelidikinya. Antaranya Imam Malik bin Anas menyebut :

“ Ketahuilah, tidak selamat seseorang yang menceritakan setiap apa yang dia dengari, dan sesorang tidak menjadi Imam ( pimpinan) sama sekali apabila menceritakan setiap yang dia dengar.”

6 ) Menilai logika isi kandungan email dan sms

Kekadang kita mampu berfikir secara logik dan mampu mempertikaikan isu-isu agama yang bersifat taabbudi. Namun, dalam isu ini kita seolah-olah terpukau dengan penceritaan dan ganjaran beserta ancaman dari sms dan email yang sampai kepada kita. Kalau dilihat secara logik pun kita mampu untuk mengetahui ‘keajaiban’ dan ke’misteri’an cerita yang sampai kepada kita dari sudut logiknya.

Dalam ilmu hadis terdapat kaedah Naqd al-Mutun atau dipanggil mengkritik teks. Iaitu melihat sejauhmana kebenaran boleh dipercayai daripada sesuatu teks. Ini dengan cara membandingkan teks tersebut dengan al-Quran atau al-Sunnah dan sejarah yang boleh dipegang dengan akal yang waras. Imam Ibn Jauzi (w 597) berkata :

“Apabila engkau melihat sesbuah hadith menyanggahi logic, menyalahi manqul ( al-Quran ) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadith yang palsu”.

7 ) Orang lain sebar anda turut berdosa

Apabila kita melakukan sesuatu yang benar-benar sunnah. Lalu kita menyebarkannya, maka pahala yang diperolehi sama seperti orang yang mengamalkannya. Samalah juga apabila kita melakukan sesuatu perbuatan dosa akibat menyebarkan sms dan email palsu, lalu diikuti oleh orang lain, maka samalah dosa mereka dengan kita.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesiapa yang melaksanakan suatu sunnah hasanah, maka baginya pahala dari perbuatan tersebut dan pahala orang-orang yang beramal dengannya tanpa berkurangan sesuatu pun dari pahala-pahala mereka. Dan sesiapa yang melaksanakan dalam Islam suatu sunnah yang tidak baik (sayyia’ah) maka diatasnya dosa perbuatan itu dan dosa orang yang beramal dengannya tanpa berkurangan sedikitpun. ( Hadis Sahih Muslim )

8 ) Kami buat ini atas maksud dakwah. Bukankah ianya sesuatu yang baik?

Para sahabat RA sentiasa berpegang dengan prinsip ‘Lau kaana khairan lasabaquuna’. Bermaksud ‘sekiranya ianya perbuatan baik, maka sudah pasti kami mendahuluinya’. Mereka golongan yang teramat pantas melakukan kebaikan. Kerja dakwah mereka dijual beli dengan harta dan nyawa. Namun, mereka sama sekali tidak melakukan perkara yang bukan dari al-Quran dan Sunnah walaupun ianya dianggap baik.

Buat remaja yang bersemangat dalam menggabungkan teknologi maklumat dan urusan dakwah. Marilah kita sama-sama merenung kata-kata Imam Ibn Jauzi dalam kitab beliau berjudul Talbis Iblis terhadap golongan yang suka dan seronok menyebarkan cerita-cerita yang jauh dari disiplin ilmu. Katanya :

“Orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu, sebaliknya berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang jahil. Maka timbullah bidaah dalam bidang ini….dalam kalangan mereka ada yang memalsukan hadis-hadis dalam at-targhib (menggalakkan ibadah) dan at-Tarhib ( menakutkan orang ramai kepada maksiat). “ Iblis menipu mereka dengan mengatakan “ Tujuan kami adalah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru, dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan”. Mereka lupa sabda Nabi SAW : Sesiapa yang berdusta keatasku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.” ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, hlm 143, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.)

Penulisan ini bukanlah mengkritik sesiapa, sekiranya ia hanya menyuruh rakan-rakan lain men’forward’kan sms dan email dakwah atas tujuan kepentingan dakwah. Tetapi yang dikritik adalah apabila ia menyatakan ganjaran dan habuan serta amaran berlakunya musibah terhadap perbuatan ‘forward’ tersebut.

Ayuh bersama kita menjadi pendakwah dalam dunia teknologi berdasarkan ilmu. Kerana ilmu itu pagar bagi orang yang bersemangat. Saya juga memohon kemaafan dari Allah SWT sekiranya berlaku keterlanjuran dalam menyebarkan dakwah agama ini.

Thursday, January 6, 2011

kehujanan dipagi hari....

Assalamualaikum w.b.t


entri kedua aku pada hr ini....alhamdulillah,akhirnya sampai gak kat opis...
actually bangun2 je pagi td,hujan telah pun turun menyirami bumi shah alam...
kesejukkan menusuk ke dalam ruang rongga tulang temulang ku....

aku masuk lmbt ke opis pada hr ini kerana mempunyai urusan di UiTM...
urusan dunia,sampai bila2 xkan berakhir melainkan kiamat....
meredah hujan bukanlah satu idea yg bagus apatah lagi menarik...
tetapi hanya itu jalan yg ada bagi aku dan pelajar2 yg lain...



hujan turun makin lama makin lebat,sementelah aku gerak ke sana ke mari..
sejuk xusah cakaplah...walaupun aku berjaket FKE,still basah gak...
bila melawan arus,lagi ler sejuk....huhuhuhu..


setelah siap segala urusan,aku meneruskan perjalananku dengan menaiki motosikal....aku terus mengaharungi hujan dan kesejukan dipagi hari utk ke pejabat....dan aku selamat sampai pd jam 10.30 pagi...lewat 1 jam 30 minit...hehehehehe...

suasana masih lg sejuk didalam opis ni...huhuhuhu..
berharap petang ini xkan hujan lg.....

ok,sampai disini dahulu...
semoga berjumpa lagi.....



p/s:: chelsea kalah lg beb...hehehe;P

If I Were the Green Hornet



The Green Hornet!!!


wah,tajuk cter ni je dah gempak apa lagi dengan thriller cter ni...
1st time tgk,dalam hati aku ckp,mesti pergi tgk cter ni...best wooo....

dan kali ini,aku sertai buat kali kedua untuk memenangi tiket wayang percuma daripada



yeahhh...!!!

so,apa yang perlu aku buat adalah.....

WHAT I WOULD DO TO STOP CRIME???

PERTAMA::

"rumah terbakar panggil BOMBA...."
"BOMBA dtg berlumba-lumba...."

Point aku not calling BOMBA tetapi calling POLIS...hehehe...
kalau kita nak hentikan jenayah,haruslah telepon pihak POLIS...
kerana kita bukan SUPERHERO....




KEDUA::

Kalau tadi aku suh panggil POLIS,skang kita panggil SUPERHERO lak..
hehehe...
kita panggil THE GREEN HORNET!!!



Okeh,kat bawah ni aku sertakan skali poster cter ni..
bakal mengunjungi dipawagam berdekatan pada
27 hb JANUARI 2011...
in 3D....


Green Hornet


harap2 pihak NUFFNANG akan memberi tiket free kpd aku...;)
thanks!!!


Wednesday, January 5, 2011

sok sek petang....

Assalamualaikum w.b.t


entri dipetang hari....

Salam tahun baru kepada semua....(hrp2 xlmbt)
hehehehehe......

actually,ape nak ckp ek?????
okeh,hari ni aku sgt rajin buat laporan praktikal...so ade aku sertakan gambar nya....;)


gambar yang bawah ni plak,gambar company aku...main office...
korang nmpk x???? byk gler antanna coverage kat luar company aku...
sure line wireless nye laju bangat seh....hehehehe....



okeh,sampai kat sini dulu la....sebab jap laei den nk blk ghumah dah....
hope segala urusan anda semua berjalan dengan lancar....;) insya'Allah...

berjumpa lagi di lain entri....

Followers

Tukar LinK