Thursday, November 22, 2012

Perjalanan yang berbeza..

Assalammualaikum w.b.t

Pagi yang indah ini aku ingin meluahkan sedikit cerita yang berada dalam diri aku..Bukan cerita cinta persahabatan tapi mengenai perjalanan yang aku ambil..

Perjalanan yang berbeza daripada mereka-mereka yang berada diluar sana..Aku kini berada dalam masalah..Perjalanan siapa yang tidak menemui masalah mahupun halangan..Segalanya datang dengan pelbagai tujuan..Semoga kita tahu tujuan kita..

Masalah ini datang kerana aku yang undang mereka..Kini mengharap ada yang sudi berkongsi namun itulah manusia,tidak semua mampu berkongsi dengan kita apatah lagi kita ini manusia yang berbeza pemikiran dan perjalanannya..

Walaupun aku akui perjalanannya mempunyai destinasi yang sama,namun kita tak mampu untuk berjalan-jalan bersama..Ada yang semakin jauh,ada yang semakin dekat..Namun bagi aku,destinasi semakin dekat,cuma perjalanan aku terasa jauh..

Jauhnya perjalanan ini aku rasa..Makin tertinggal jauh sehingga aku tidak nampak siapa yang berada didepan ku..Bagaikan kabus menutupi penglihatanku..

Aku menangisi nasibku dipertengahan perjalanan ini..Namun,tiada siapa yang mampu berhenti menegur ku,menyapu airmataku,menanyakan masalahku..Mungkin tiada siapa yang melalui jalan ini..Maka aku keseorangan..Dalam gelap aku merintih,dalam terang aku tersenyum..Antara gelap dan terang,aku masih meragui kebenarannya..

Aku meneruskan perjalanan ini biarpun ianya berbeza daripada mereka..Semoga aku bertemu dengan mereka dipersimpangan yang akan datang..

*******

No comments:

Followers

Tukar LinK