Wednesday, January 9, 2013

Just Intro of 2013

Salam buat semua..

Lama x updated..harap xjemu menanti..banyak yang berlaku lately ni..kalau nak cerita mahu makan masa yang pjg sket memandangkan hari sudah terlalu lewat malamnya..

Pejam celik pejam celik dah melangkau 9 hari ditahun 2013..Tanpa aku sedari masa berlalu begitu pantas..kegembiraan yang dilakar,memori yang dicipta semakin menjadi kenangan..Alhamdulillah, banyak yang aku pelajari tahun lepas..pelbagai dugaan dan ujian serta cabaran yang datang..Pasrah atau redha bukan pilihan,namun itulah yang ada..

Semakin kita cuba,semakin sakit dirasai..akhirnya satu yang dapat ku simpulkan,setiap kegembiraan pasti ade kesedihan disebaliknya..begitu payah mengukir senyuman,namun airmata jua yang mengalir menjadi teman sejati..

Hidup adalah pilihan..baik mahupun buruk..pahala mahupun dosa..aku berusaha memilih,namun apa yang dirancang xmungkin akan terjadi kerana Dia Maha Mengetahui apa yang ada dilangit dan dibumi..Tanpa izinNya,maka mustahillah..Ku mohon petunjuk dariMU ya Allah..

Segala kesempatan yang diberi,haruslah dimanfaatkan sebaiknya..jangan jadi seperti aku,lupa dan leka membuat aku hilang kesempatan itu..kini aku merangkak mencari dalam kegelapan..mohon cahaya petunjuk datang menerangi diri aku..Susah hendak diperkatakan,hanya mereka yang mengerti dan aku percayai sahaja yang tahu..Bukan aku tidak percaya pd yang lain,tapi inilah pilihan yang aku ada untuk aku kongsikan kesedihan hati aku..terima kasih sahabat..tiada kamu,pastinya airmata ni akan mengalir tanpa henti..

Aku laluinya dengan mencipta sedikit kegembiraan,walaupun dalam hati kegelisahan,ketakutan,kesedihan bercampur baur mengenangkan nasib yang menimpa diri..namun hidup harus diteruskan..Kesakitan kesedihan keperitan yang aku alami hanyalah satu ujian kecil berbanding mereka yang tidurnya dibayangi bencana alam, peluru berpandu dan sebagainya..

Dengan itu,aku bersyukur diatas segala yang Engkau kurniakan padaku..Ujian itu membuktikan aku masih disayangi..kalau tidak diberi ujian,maka aku kan terleka dibuai mimpi kosong duniawi..kini peluang kembali lagi,moga aku mampu manfaatkan..doakan aku sahabat..;)

Aku tinggalkan kamu dengan sekeping gambar kegembiraan yang aku perolehi bersama sahabatku..


No comments:

Followers

Tukar LinK