Monday, January 14, 2013

Kahwin lagi dan lagi...

Salam semua...

Actually mata tidak mampu nak lelap..makanya, buka laptop dan menarikan jari jari di atas keyboard..hehehe..ayat nak puitis je memanjang..

Baru saja pulang dari shah alam ambil adik pulang,dah habis 1 sem..sekejap je masa berlalu..itulah masa,kalau dikisahkan berlalu dengan lambat,jika tidak diendahkan sepurnama berlalu..selalu dipesan,biar masa mengejar kita,bukan kita mengejar masa..ada ke pesanan macam tu? anggap je ada..huhu...

Great weekend..lepak dengan kawan kawan..dapat jemputan kenduri kahwin..bermula lah satu lagi pengembaraan kenduri kahwin kawan kawan aku...masih tidak ketahui bahawasanya mahu hadir ataupun tidak..masih memikir kenderaan jenis apakah mahu dinaiki..al-maklum,tak mampu nak beli kereta..huhu..

Bercakap soal jodoh,kahwin ni kadang2 membosankan..sebab mereka tidak pernah faham..kahwin bukan untuk sehari dua,tapi selamanya hendaknya..nak pilih pasangan pun bukan macam pilih ikan mata merah kira busuk dah,kembung ke idak..hehehe..siapa yang tak nak mendirikan rumahtangga awal..bergantung pada jodoh dan ketentuan daripada Ilahi..Mohon doakan yang terbaik buat diri aku dan juga kpd mereka yang masih bujang diluar sana..;)

Berjumpa dengan kawan kawan satu kemestian,agar hubungan persahabatan itu tidak terputus..kita kena jaga silaturrahim..sebab kita tak ramai kawan,yang ada ini harus disayangi dijaga..hehehe..lebih lebih lagi ketika masih bujang ni,kalau dah berumahtangga nanti payah pulak nak keluar bersama..:P

Jemputan kahwin ni orang cakap wajib hadir melainkan ada asbab2 tertentu yang membolehkan kita tidak hadir..Terus berfikir dan berfikir..mencari jawapan yang pasti...


xxxxxxxxxxxxxx

No comments:

Followers

Tukar LinK