Friday, September 20, 2013

Sepatah Menjadi Berpatah-patah

Assalammualaikum wbt..

Bismillah..Lama tak menaip lama meninggalkan blog ini..Baru pagi ini mendapat kerajinan nak menaip..hehehe..Kerajinan ini datang sebab tiba-tiba dengar lagu korea..Bila mood baik,datanglah kerajinan yang dicari..

Sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan tapi tak tahu nak mulakan kat mana..Lama sudah tinggal,maka banyaklah cerita yang tertinggal untuk dikongsikan..Tengah menaip ni pun sebenarnya agak blur nak tulis apa..Kalau agak mengarut tu,abaikan jela ye kawan kawan..

Bagi yang sentiasa updated dengan perkembangan diri aku,maka dia tahulah akan keadaan diri aku..Walaupun banyak mulut banyak bercerita namun tak semua yang tahu pasal diri aku..Hanya mereka yang benar benar aku sedia je akan aku beritahu..Thanks kat seorang kawan aku,kalau dia tak tercakap ritu,aku rasa tak ada siapa pun yang tahu..Kadang kadang perlu keberanian nak beritahu orang..Bagi mereka mungkin itu perkara biasa tapi bagi aku,itu sesuatu yang perlu aku fikir panjang untuk dikongsikan..

Bila orang dah tahu,beban itu rasa hilang..Masih ada kawan kawan yang baik..hehe..Sebab tu aku agak menghargai talian persahabatan yang terjalin dan sangat sensitif kalau tiba tiba hati ini terusik dengan kata kata yang sangat sakit..Kata kata yang keluar seolah olah mereka tidak mengenali diri aku..Macam mana aku boleh terima kekurangan korang,begitu jugalah sebaliknya..Lagipun sebagai kawan,jangan terlalu berkira..Jangan terlalu nak menyakiti antara satu sama lain..

Hidup ini sentiasa kena belajar walaupun usia makin meningkat..Bukan belajar dalam kelas je,tapi belajar tentang kehidupan..Setiap hari ada sahaja yang harus kita pelajari..Cuma kita sedar dan tak je..Sentiasa berfikiran positif bukanlah sesuatu yang senang untuk dipraktikkan dalam hidup..Namun diri aku cuba memperbaiki segala kekurangan diri ni..Banyak benda kadang kadang amat payah untuk kita terangkan kepada mereka yang berada di sekeliling kita..Tentang keinginan kita,apa yang kita harapkan,kita impikan..Semuanya tidak sesenang ABC 123...

Akhirnya,kepada mereka yang menghadapi saat saat kesukaran,kuatkan hati,tabah,hadapi dengan senyuman walau ianya sukar untuk terukir dibibir..;)

Entri ini akan terhenti seketika disini..salam..~









No comments:

Followers

Tukar LinK