Monday, November 5, 2012

Sakit, Penghapus Dosa..

Assalamualaikum w.b.t

Bila baca tajuk kat atas,gempak je kan..hehehe..Tapi apa yang ingin aku kongsikan disini xdak la gempak mana..Cuma sedikit pengalaman ketika ditimpa sakit yang datang tiba2..Kita xkan pernah tahu bila masa kita akan ditimpa sakit apatah lagi saat kematian kita..

Jumaat lepas,alhamdulillah masih bernafas dengan sihatnya..Namun,nikmat sihat itu hanya seketika bila tiba tengahari nya aku tiba2 sakit (ada penyebabnya) dan menyebabkan aku terus ke hospital..Kenapa aku pilih hospital daripada klinik?? Sebab paling utama,doktor kat klinik xpernah nak periksa aku punya sakit,dia hanya bertanya dan bagi ubat..Maka aku pilih ke hospital (bahagian kecemasan) untuk aku diperiksa sakit aku ni..

Aku jarang sakit,jadi bila sakit datang,keadaan aku sangat teruk..Dan ketika hari itu tekanan darah aku 184/147 sampai Medical Assistant (MA) tu ambil 3 kali tekanan darah aku sbb xpercaya..Aku memang xpernah ada tekanan darah tinggi tp dalam keluarga ada ler..Dan suhu badan aku 38.7 darjah celcius,disahkan demam..Dalam sekelip mata aku demam..Itulah Kuasa Allah,bila2 masa sahaja nikmat sihat itu ditarik kalau kita tidak menjaga dengan baik..Ampunkan dosa2ku ya Allah..

Disebabkan keadaan sakit itu,aku telah mendaki bukit Hospital Tuanku Jaafar tu untuk ke Unit Kecemasan yang berada jauh di atas tanpa aku sedari ada shuttle van kat parking bawah tu..huhuhu..Dugaan aku rasa..Masa tu terfikir bodohnya aku..hahaha..Tapi tula keadaannya..Bila sampai kat atas tu,memang dah macam nak hilang nafas ni..tambah kesakitan yang dialami,Allah sahaja yang tahu..Alhamdulillah,kesakitan yang dialami berkurangan..Doktor bagi aku 2 biji pil makan terus depan dia dengan 1 suntikan dan dapat cuti sakit..Terima kasih atas layanan baik daripada Dr. Izyan Wajiha,orangnya secantik namanya..;)

Doktor minta aku rujuk sakit aku ni dengan doktor pakar..Aku minta maaf banyak2 kat doktor,aku tak pergi pun buat temujanji dengan doktor pakar tu sbb aku ni penakut orangnya..InshaAllah,aku jaga kesihatan baik2 lepas ni..Mudah-mudahan..

Oklah,sampai kat sini sahaja aku kongsikan..semoga kita semua dikurniakan nikmat kesihatan yang sihat sentiasa daripada Allah s.w.t...Amin..



#Manchester United 2 - 1 Arsenal
#BPL

No comments:

Followers

Tukar LinK