Wednesday, October 20, 2010

Tukar ‘Samseng Jalanan’ kepada Pemuda Soleh di Jalanan

Assalammualaikum w.b.t

entri ini dicopy paste sepenuhnya dr blog
IMAM MUDA ASYRAF




marilah kita hayati dan kongsi bersama....


Ada orang muda yang berminat nak mendengar ekzos motosikalnya bunyi macam ragam crazy frog. Ada juga yang suka lenggok ‘kona baring’ nya bak Paolo Rossi. Namun mendengar cemuhan dan panggilan ‘Samseng Jalanan’ memang merumitkan. Jom kita tukar dengan panggilan yang lebih ‘Wow’ lebih ‘Perghh dan lebih ‘sempoi’!

Firman Allah yg bermaksud....

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang di perolokkan) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan)" – (Al-Hujurat,49: 11)


Allah SWT. melarang orang yang beriman agar mereka jangan memperolok-olokkan orang lain, apakah disebabkan oleh pakaiannya, badannya, rupanya, gelarannya ataupun atas sebab-sebab yang lain. ]alam ayat tersebut Allah SWT memberi ‘illat (sebab), iaitu barangkali orang yang diperolok-olokkan dan dianggap rendah itu lebih ikhlas dan lebih mulia hatinya serta lebih taqwa kepada-Nya.

Sifat “sukhriyah” iaitu tabiat suka merendah-rendahkan orang lain tidak akan muncul kecuali dari hati yang dipenuhi oleh sitat-sifat tercela dan kosong dari sifat-sifat terpuji. Oleh itu baginda Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda maksudnya:

Cukuplah seseorang digolongkan orang yang jahat sekiranya dia suka merendah rendahkan Muslim lainnya. 
( Kalam Al Mannan VII-135)


Saidatina ‘Aisyah radhiyallah ‘anha berkata: “Ya Rasulallah sesungguhnya Shafiah adalah wanita (lalu diisyaratkannya dengan tangannya begini iaitu wanita pendek). Maka Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya kalau kata-kata tersebut engkau campakkan ke dalam lautan luas nescaya akan busuklah seluruh airnya.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)

Kita selalu mendengar pandangan yang mengatakan ‘kata-kata itu satu doa’. Banyak pakar motivasi dan ustaz-ustaz yang sangat marah dengan ibubapa yang memanggil anaknya ‘bodoh’ , seruan ‘lembap’ dan sebagainya.

Namun, muncul beberapa pendapat (pendapat anda dihormati) yang lebih meng’upgrade’kan panggilan mat rempit sehingga ke samseng jalanan. Bukankah mereka ini selayaknya didoakan?

Percayalah gelaran yang lebih buruk itu sama sekali tidak menggagalkan jiwa remaja yang memang hakikatnya mahu mengangkat tayar hadapan motor mereka. Dengan gelaran yang semakin buruk, dan semakin ranggi membuatkan gaya merempit itu makin menjadi dan makin cun.

Seruan kepada ibu dan ayah, kawan-kawan dan semua umat yang cintakan keinsafan orang muda, ayuh kita menukar nama glamour pemuda yang merempit dengan gelaran yang lebih bersifat ‘doa’.

Kita tukar panggilan kepada ‘Pemuda-pemuda soleh di jalan raya’ atau ‘Mat Rabbani di atas jalan’. Senang ceritakan ayuh panggilan mendoakan mereka tanda sayang kita kepada pemuda Islam di Malaysia.

Manalah tahu doa jutaan rakyat Malaysia itu mampu merubah satu atau dua hati menerima hidayah dengan doa anda. Ingatlah, doa yang ikhlas itu didengari Rabbi!


p/s:: imam muda asyraf kini sedang menunaikan fardhu haji...

2 comments:

Mat Ganu said...

kalau cam tue aku pun nk daftar jadi mat rempit lah, eh silap ‘Mat Rabbani di atas jalan’...hehehehe

adilah said...

mat nordeng r buleh???hehehe

Followers

Tukar LinK