Monday, October 20, 2014

Japanese People

Konnichiwa!!!

Salam sejahtera buat semua pembaca yang masih setia menanti..

Aku baru baru ni telah sempat berlibur di negara matahari terbit..

Satu lagi kenangan yang berjaya aku rakam dalam memori perjalanan hidup ini..

Untuk entri kali ini,aku ingin kongsikan pengalaman pada hari terakhir aku di Jepun..

Bismillah...

Ceritanya bermula begini..

Aku dan dua kawan aku ingin ke Imperial Palace Kyoto yang kami tak tahu pun dimana..Hanya berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh pihak hostel,kami terjah je..Kami berpecah dua kumpulan memandang kami malas nak hiking di Torii Gates..hehehe..

Sampai sahaja di Demachi Yanagi Station,kami pun memulakan pencarian kami untuk mencari pintu keluar (exit)..Perkara paling mencabar bila naik train ke,subway ke adalah mencari pintu keluar..huhu..Dan bermula kisah bertanya jalan kat orang jepun yang tak tahu cakap english pun..

Dengan sedikit pengetahuan dan ingatan masa ambil kelas bahasa ketiga (bahasa jepun) masa belajar dulu,kami pun memulakan perbualan itik dan ayam.."doko" ini lah perkataan yang paling banyak kami gunakan..hehehe..

This kind mamat jepun berusaha menolong kami sampai bertanyakan kepada pegawai station tersebut..Perbualan itik dan ayam berterusan dan aku hanya menganggukkan kepala tanda faham..haha..Hanya menggunakan bahasa isyarat tangan untuk mengetahui jalan keluar dari station tersebut dan arah mana tempat nak ditujui..

Kami ingat mamat jepun ni nak tunjuk jalan keluar je tapi rupanya dia nak bawa kami sampai ke sana bersama sama..Al-maklum perbualan itik danayam amat sukar difahami..hahaha..Aku pun dengan ingatan yang masih ada,cuba berbahasa basi dengan mamat jepun ni..tanya nama dia sapa..dan dia pun tanya aku dari mana..


Keluar daripada station tersebut kami jumpa pandangan yang sangat indah dan damai..Air sungai itu mengalir sangat jernih hingga rasa nak rendam kaki dan mandi je..hahaha..

Beberapa seketika setelah jauh berjalan,kami ingat mamat jepun ni tak ikut kami dah,tetiba je dia muncul kembali bila kami tengah mencari kedudukan Imperial Palace ni..Terkejut mak..hahaha..

Dan kami pun berjalan kembali bersama sama sehingga la kami sampai dibahagian belakang Imperial Palace..Perghhhh bapak besar dan jauh nak ke hadapan..Mamat jepun tu sendiri pun terkejut "okii" atau pun dalam bahasa kita besar...



Akhirnya,kami sampai sampai jua..Kaki tak usah berbicara betapa sakitnya..Bertambah sakit bila diberitahu tak boleh masuk sebab tak ada tour guide..T_T


Inilah mamat jepun tu,nama dia Matsui..Tak tahulah betul ke tak sebab dengar sebutannya begitu..hahaha..

Arigato Ghozaimasu!!!

Benarlah kata orang,orang jepun ni walaupun tak pandai cakap english,tak faham bahasa yang kita gunakan,mereka akan bantu kita sehabis boleh..dan ini satu contoh sikap yang kita dari negara mana pun harus contohi..









No comments:

Followers

Tukar LinK