Thursday, November 17, 2016

Trip ke Perth, Western Australia (Part.1)

Assalamualaikum w.b.t



Trip ke Perth, Western Australia, 4 hari 3 malam..



Kami ni orangnya sangat complicated. Bila complicated ni termasuklah kejap2 rasa simple,kejap2 rasa giler, kejap2 rasa perfectionist dan kejap2 rasa masam manis..hahaha..Nak beli tiket flight ni pun on the spot je benarnya dengan aku tak de bajet sebab nak ke Korea Selatan tapi dorang cool je beli...yeahhhh!!!

Tiket flight ni kami beli hampir setahun yang lepas masa Air Asia buat promo dapat dalam RM549.08 (return). Before ke sana adalah jumpa discuss pasal iti supaya tahulah sket arah tuju nanti xdela kelam kelibut..





Kami bertolak dari KLIA 2 jam 12.05am dan sampai di Perth jam 5.35am. Sampai je sana langit dah terang benderang..Keluar je airport sejuk ya amat..Suhu sekitar 16-18 °C...

Perkara pertama selepas sampai di sana adalah mengambil kereta sewa yang telah kami booked awal2 lagi before sampai sini.. Kami sewa kereta dengan Redspot Car Rental full package AUD 409.06 selama 4 hari..




Hari Pertama:

Caversham Wildlife Park

Admission Price includes all shows, talks, animal feed and photo opportunities:

Adult                AUD 28.00
Child (3 – 14 years) AUD 12.50



Tempat pertama kami terjah adalah Caversham Wildlife Park untuk jumpa kanggaroo dan koala.. Dengan bantuan GPS,kami selamat menjumpai tempat ini..hahaha.. Sebelum itu,di Perth WA ini benda paling penting korang kena tahu adalah memandu mengikut had limit yang telah ditetapkan..



Kalau korang datang pagi2 inilah jadinya..Kanggaroo semuanya tengah lapar..Tak payah korang serbu,dia yang serbu korang sebab lapar..hehehe..Lepas tu kami pergi jumpa koala ambil gambar..Last sekali kami ke Farm Show..Ada macam2 show boleh korang layan macam kat bawah ni potong bulu kambing biri2..




Lesmurdie Falls National Park


Tempat ini agak jarang orang Malaysia sampai sebab apa,aku pun tak tahu..hehe..Macam mana tempat ini boleh ada dalam iti?? Permintaan budak hiking kami yang memang giler nature..Layan..





Tempat ini mudah je nak cari dan jumpa..Tiada bayaran masuk..Dan trek juga amat mudah dan tak penat..







Korang nampak je macam panas terik,tapi ketahuilah sesungguhnya sangatlah sejuk dan angin sangatlah kuat..huhu..Pemandangan kat atas ni sangatlah cantik dan boleh buat kau terpegun.Kami lepak ambil gambar dalam sejam juga sebelum ke Freemantle.



Freemantle



Freemantle adalah tempat wajib untuk dijengah sekiranya datang ke Perth.. Bukan setakat nak makan Kaili's Fish & Chip tetapi juga mahu membeli dan belah di E-Shed Market yang orang canang2 harga murah tu.



Lepas makan kenyangkan perut dengan Fish & Chip yang tak berapa kena dengan selera aku orang Melayu ni, kami pun gerak ke E-Shed Market dengan berjalan kaki sahaja..Kami semua gagah belaka..hahaha




Check-in Discovery Parks Perth, Forresfield

Ok kami pun dah penat berjalan ke sana sini dari pagi lagi,so marilah kita check-in. kali ini kami pilih kelainan sket duk sewa rumah kabin dua bilik..




Tempat ini juga agak mudah dicari dan berdekatan dengan airpor dan free haighway..Sangat selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan..Tempat iron tudung pon ado..hehehe


Kings Park, Swan Bell Tower, North Bridge Piazza


Selepas cukup rehat mandi solat dan makan,kami pun gerak ke bandar Perth untuk merasai suasana malam.




  

Malaysian Hall Perth 

kat Swan Bell Tower


Pemandangan dari Kings Park 


Okeh,hari pertama kami tamat disini..




No comments:

Followers

Tukar LinK