Wednesday, April 23, 2014

Melankolik Kehidupan

April 2014...

Apa maksud melankolik pun aku tak tahu..
Cuma merasa kehidupan ini seperti melankolik..

Aku sentiasa mencuba berusaha memperbaiki diri aku..
Akan tetapi aku tidak memperbaiki cara kesopanan aku yang aku tahu kekurangannya..
Bukan tidak mahu tetapi entahlah..seakan ada sesuatu yang membuat aku rasa belum masanya..

Keadaan aku dan mereka sentiasa teruji dengan ketidakstabilan emosi kami masing - masing..
Aku juga sering tertewas walaupun berusaha mengawalnya..Itulah aku, yang tidak kuat tetapi berusaha menjadi kuat..Aku berdoa agar Allah satukan hatikan hati kami,eratkanlah silaturrahim antara kami, tetapkanlah hati kami agar kami berjaya mengharungi setiap episod hidup kami yang melankolik ini..

Aku pasti berusaha memperbaikinya..berikan aku masa kerana apa yang aku perlukan adalah masa dan sokongan daripada kamu..aku jua ingin seperti mereka yang cantik puitis dimata setiap orang yang mereka sayangi..namun setiap sudut diriku ada prinsip hidupku sendiri..berubah bukan kerana manusia tetapi kerana ingin memperbaiki kekurangan diri..

Maafkan aku atas kekurangan diriku..

No comments:

Followers

Tukar LinK