Monday, February 7, 2011

Drama GEMILANG

Assalamualaikum w.b.t


Salam bertemu kembali...
Br je lepas layan 1st episod drama GEMILANG...
then,rasa nk promote kat kwn2 blogger & pembaca2 blog....
Drama ini harus ditonton...i think,blh kalahkan NUR KASIH...
hehehehe..




sedikit sinopsis.....
amik dr kebanyakan blog2 yg mempromosi drama ini...
hehehehehe...


Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.

Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.

Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).



Rakan2 yg menjadi seorang pendidik juga disyor menonton...
yg baik diambil sbg panduan,yg kurang jdkan sempadan...
menonton drama melayu,bkn kerana kisah cintanya,tetapi...
pengajaran,nilai2 yg baik yg blh kita ambil....dan for those yg xsuke tgk,
terutama kpd mereka yg suka sgt jatuhkan hukum,sila jgn komen apa2..
sy tulis sbb sy suka...anda xsuka diam suda...;))

sampai disini dahulu....
semoga berjumpa lg....

2 comments:

fn said...

oh.
ada cite korea lebih kurg ini macam.
tap ini lain.
mcm bes je.

adilah said...

@fn::

cter master of study ke?
hehe..weh,cter dream high ko ade x?

Followers

Tukar LinK